Home » Langit Terbuka » Malaysia terima kasih kepada Arab Saudi beri pelepasan awal

Malaysia terima kasih kepada Arab Saudi beri pelepasan awal

KUALA LUMPUR 24 Ogos – Kerajaan berterima kasih kepada kerajaan Arab Saudi selepas memilih Malaysia sebagai negara pertama menjalankan program pra perlepasan pemeriksaan pasport bagi musim haji kali ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan ia merupakan pengiktirafan bermakna buat Malaysia apabila kerajaan Arab Saudi memilih Malaysia dalam program perintis itu.

“Mereka akan diberikan clearance di sini sebelum mereka berlepas, bila sampai di Jeddah mereka akan dapat terus keluar dari airport tanpa pemeriksaan kastam dan pasport.

Ia merupakan satu pengiktirafan yang sangat bermakna buat Malaysia,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di PWTC petang ini.

Menurut Najib, program itu akan dilancarkan oleh timbalannya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada tujuh penerbangan terakhir musim haji bermula hari ini sehingga 27 Ogos ini.

Selain itu, beliau turut berharap agar kerjasama dengan kerajaan Arab Saudi itu boleh diteruskan pada musim haji akan datang dan juga boleh dilakukan pada rakyat Malaysia yang menunaikan umrah.

Penerbangan pertama dijangka berlepas pada 23 Ogos ini dengan membawa 400 jemaah haji manakala selebihnya dijangka berlepas dengan pesawat kedua pada 27 Ogos nanti.

Keseluruhan sebanyak 112 penerbangan membawa 30,200 bakal haji akan bertolak secara berperingkat, sama ada ke Madinah atau Makkah, ​​​​​dengan penerbangan terakhir musim haji kali ini pada 26 Ogos ini. – MalaysiaGazette

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *