Home » Citra Yadim » Mangsa kebakaran Jalan Keretapi Dalam Rhu disantuni YADIM Kelantan

Mangsa kebakaran Jalan Keretapi Dalam Rhu disantuni YADIM Kelantan

TUMPAT – Diuji dengan musibah kebakaran ketika Ramadan sememangnya menduga kesabaran. Bukan sahaja bulan mulia ini akan dilalui dengan penuh hiba, malah sambutan Syawal tahun ini juga pastinya muram.

Namun demikianlah yang perlu dihadapi oleh lima keluarga di sini apabila kediaman mereka musnah dalam satu kebakaran pada 9 April lalu.

Cakna dengan keadaan ini, YADIM Kelantan turun padang menghulurkan sedikit sumbangan untuk mangsa mangsa yang terlibat dengan kejadian tersebut pada 11 April.

Mereka yang disantuni menerima bekalan makanan dan sedikit wang tunai. Hadir ke program ini ialah Pengarah YADIM Kelantan, Ustaz Mahadi Awang. Turut turun padang ialah Ahli Dewan Undangan Negeri Kelaboran, Yang Berhormat Cikgu Mohd Adanan Hassan.

Dalam kejadian tersebut, dilaporkan tiga rumah yang struktur binaannya diperbuat daripada kayu hangus sepenuhnya manakala dua rumah lagi terbakar dengan anggaran antara 50 hingga 70 peratus.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *