Home » Citra Yadim » Mari adakan program di Wilayah Persekutuan

Mari adakan program di Wilayah Persekutuan

KUALA LUMPUR – “Wilayah Persekutuan amat dahagakan program program kemasyarakatan seperti yang anda lakukan hari ini.

“Saya menyeru ketua ketua dan pengerusi pertubuhan atau badan badan bukan kerajaan (NGO) untuk tampil sama sama anjurkan pelbagai program di Wilayah Persekutuan,”ujar Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Yang Berhormat Datuk Dr Shahruddin Mohd Salleh.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan pelancaran Program ‘Sukarelawan Eksplorasi Kota Kami Prihatin’ yang bertujuan menyantuni beberapa golongan seperti gelandangan, penagih dadah, remaja berisiko dan sebagainya di Masjid Jamek Sultan Abdul Samad sini pada 24 Ogos.

 

Hadir sama ke majlis pelancaran ialah Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Mohd Ajib Ismail, wakil wakil NGO, serta sukarelawan dari seluruh negara.

Dalam ucapannya Shahruddin berkata, bagi tujuan penganjuran program, NGO atau persatuan boleh memohon peruntukan daripada pihaknya.

Pada masa yang sama, beliau melahirkan rasa gembira kerana program untuk menyantuni golongan tidak bernasib baik itu mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai.

“Tuan tuan dan puan puan boleh memilih untuk beristrehat, tetapi memutuskan untuk hadir ke program ini, saya ucapkan berbanyak terima kasih atas sebab itu,” katanya.

Program berbentuk kesukarelawanan selama sehari itu menghimpunkan lebih 200 sukarelawan yang menyantuni golongan sasar di sekitar Chow Kit, pusat membeli belah Sogo dan Pertama, Kampung Baru, Pasar Seni dan sebagainya.

Ia mendapat kerjasama daripada oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, JAWI, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia, Yayasan Ihtimam, Persatuan Kebajikan Ronald Md Donald, Polis Diraja Malaysia, Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Prasarana Negara Berhad dan sebagainya.

Artikel Berkaitan

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Mohon keampunan dengan istighfar & taubat

Bertitik tolak daripada strategi iblis dalam usahanya mengusir Adam dan Hawa a.s. dari syurga sehingga menyebabkan kedua-duanya lalai dan leka dengan pesanan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *