Home » Langit Terbuka » Masjid Dublin buka pintu, bantu gelandangan ketika bencana

Masjid Dublin buka pintu, bantu gelandangan ketika bencana

Masjid Clonskeagh di Dublin membuka pintu untuk membantu orang ramai berlindung dari ribut salji yang kini melanda Ireland. - Google Maps

DUBLIN: Demi menyelamatkan golongan gelandangan tempatan, sebuah masjid di Ireland membenarkan mereka menumpang di sana sementara ribut salji melanda negara tersebut.

Masjid Clonskeagh menawarkan bukan sahaja tempat tinggal tetapi juga makanan serta tilam galas (sleeping bag).

Ketua Jabatan Kebajikan Komuniti, Summayah Kenna berkata pihaknya bekerjasama dengan Majlis Perbandaran Dublin dan organisasi pejuang gelandangan untuk menawarkan perkhidmatan tersebut.

“Kami akan wujudkan pasukan keselamatan pada waktu malam dan pasukan penyelenggara bagi memastikan bangunan ini cukup panas, terutamanya pada waktu malam,” katanya kepada media tempatan 98fm seperti dilaporkan Metro.co.uk.

Ini bukan kali pertama masjid tersebut, yang turut dikenali sebagai Pusat Kebudayaan Islam Ireland, membantu orang ramai.

Pada November tahun lepas, mereka turut menawarkan bangunan tersebut untuk ditumpang pihak yang memerlukan ketika Ribut Ophelia melanda. – AGENSI

Artikel Berkaitan

Diyat sebagai instrumen keadilan syariah

Diyat merupakan satu bentuk pampasan kewangan dalam sistem perundangan Islam yang diberikan kepada waris mangsa sebagai ganti rugi atas kehilangan nyawa atau

Ujian di bulan Ramadan

Ramadan ialah bulan ujian dan latihan perang melawan nafsu. Ujiannya memang berat dan payah sekali. Daripada keseluruhan umat Islam yang menyertainya, barangkali

3 Tingkatan Puasa

Imam Ghazali RA dalam kitab Ihya Ulumuddin telah mengkategorikan puasa kepada 3 peringkat iaitu: 1. As-Saumul umum – puasa umum. 2. As-Saumul

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *