Home » Langit Terbuka » Masjid, jemaah solat Jumaat patuh SOP

Masjid, jemaah solat Jumaat patuh SOP

Sebanyak 2,507 masjid yang membabitkan 287,296 jemaah dipantau PDRM pada 10 Julai. - Foto PMO

KUALA LUMPUR – Langkah kerajaan membenarkan lebih ramai jemaah melaksanakan solat Jumaat berjalan lancar, apabila lebih 2,500 masjid dan hampir 300,000 jemaah yang dipantau semalam, mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) memantau pematuhan SOP solat Jumaat di 2,507 masjid seluruh negara, membabitkan 287,296 jemaah.

“PDRM membuat pemantauan terhadap pematuhan SOP solat Jumaat semalam. Sebanyak 2,507 masjid yang membabitkan 287,296 jemaah dipantau PDRM.

“Hasil pemantauan mendapati bilangan jemaah mengikut kapasiti masjid dan mematuhi SOP yang telah ditetapkan,”katanya dalam satu kenyataan, pada 11 Julai. – Berita Harian

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *