Home » Langit Terbuka » Masjid tuai air hujan

Masjid tuai air hujan

Masjid Al Mutaqqin, Jalan Wangsa Melawati 6. Foto : https://ii.islam.gov.my

KUALA LUMPUR 16 Jan. – Masjid Al Mutaqqin, Jalan Wangsa Melawati 6, di sini, menjadi masjid pertama di Wilayah Persekutuan yang menggunakan bekalan air menerusi Sistem Penuaian Air Hujan (SPAH).

Menerusi projek itu, bekalan air bagi kegunaan jemaah dan tujuan pembersihan dapat dijimatkan selain mampu meningkatkan kelestarian sumber air.

Ketua Projek SPAH, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Aznah Nor Anuar, berkata pengunaan SPAH mampu membantu menjimatkan pengunaan air terawat sebanyak 30 hingga 50 peratus.

Dengan bekalan air dari sumber hujan, katanya, kegunaan bekalan air terawat bagi kerja pembersihan dan kegunaan tandas dapat dijimatkan, selain boleh digunakan untuk berwuduk.

“Projek ini mampu mengurangkan pengunaan air terawat bagi kerja pembersihan seperti air untuk mengepam tandas. Selain mengumpulkan air hujan, SPAH turut menapis air berkenaan supaya bersih untuk berwuduk.

“Kita dilihat projek ini juga dapat mendidik masyarakat berhubung pengurusan air secara lestari,” katanya ketika ditemui selepas perasmian pemasangan SPAH, di sini, hari ini.

Hadir merasmikan majlis itu, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju, Datuk Hamdan Ali, Pro Naib Canselor UTM Kampus Kuala Lumpur, Prof Dr Shamsul Sahibudin dan Pengerusi Masjid Al Muttaqin, Yahya Din.

Aznah berkata, pelaksanaan projek berkenaan akan mengambil tempoh selama enam bulan untuk siap dan dijangka beroperasi sepenuhnya pada Jun ini.

Katanya, projek berkenaan hasil kerjasama antara UTM dengan Jawatankuasa Masjid Al Mutaqqin sebagai langkah penjimatan penggunaan air terawat di masjid dan bangunan kegunaan masyarakat. – BERITA HARIAN

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *