Home » Langit Terbuka » Melaka akan bina 40 masjid

Melaka akan bina 40 masjid

Antara masjid yang terdapat di Melaka (Gambar hiasan).

AYER KEROH 9 Jan. – Kerajaan negeri akan terus menegakkan syiar Islam di Melaka  menerusi pembinaan 40 masjid dalam tempoh lima tahun ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron, berkata, selama satu penggal di bawah kepimpinannya telah berjaya membina 41 masjid termasuk penambahbaikan masjid-masjid bagi memberi lebih keselesaan dan kemudahan kepada Umat Islam dalam beribadah selain memperkasakan fungsi masjid itu sebagai tempat bermasyarakat.

Menurutnya, pembinaan masjid akan direalisasikan sejajar dengan penambahan penduduk dan akan memberi fokus kepada kawasan yang berkependudukan tinggi serta kawasan yang memerlukan kemudahan tersebut.

“Tujuh belas masjid yang dah siap selama empat tahun dan kita bercadang menambah baik serta membina masjid baru di kawasan yang memerlukan.

“Seperti di Ayer Keroh perlu ada satu atau dua untuk menampung keperluan masjid, kerana setiap solat Jumaat jemaah sudah melebihi,” katanya.

Idris berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Amanat 2018 ke Arah Melaka Moden, Makmur dan Berdaya Saing di Dewan Seri Negeri, di sini tadi.

Hadir sama, Speaker Dun, Datuk Othmam Muhamad dan Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Seri Naim Abu Bakar. SINAR HARIAN

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *