Home » Citra Yadim » Memahami muamalah Islam

Memahami muamalah Islam

Bahagian Muamalah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) meneruskan komitmen untuk menyebarkan kefahaman mengenai muamalah Islam dengan menganjur dua lagi program Kembara Muamalah Masjid 2018 pada 25 dan 27 Januari

Program berkenaan masing-masing diadakan di Masjid Tun Khalil,  Asahan, Melaka pada 25 Januari dan di Surau Al Falah, Kolej Vokasional ERT Setapak, Kuala Lumpur, dua hari kemudian.

Kedua-dua program yang mendapat kerjasama daripada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutan (MAIWP) itu, membawa tajuk `Pengurusan Kewangan’ yang merupakan antara aspek penting dan menjadi masalah kepada orang Islam akibat kegagalan mengurus kewangan mereka.

Penceramah bagi program di Melaka adalah Ketua Syariah, Malaysian Industrial Development Finance (MIDF, Mohamed Firdaus Kader Mohideen dan telah dihadiri oleh komuniti setempat.

Manakala pada program kedua, ceramah telah disampaikan oleh Pengurus Bahagian Shariah, Hong Leong Islamic Bank Berhad, Akmal Solihi Mohd Yazid.

Program berkenaan telah dihadiri oleh 300 peserta yang terdiri daripada para pensyarah dan pelajar.

 

 

Artikel Berkaitan

Tingkat kualiti pendakwaan syarie

SHAH ALAM – Penubuhan Jabatan Pendakwaan Syarie Malaysia (JPSM) berupaya meningkatkan kualiti pendakwaan dan menyeragamkan proses penggubalan undang-undang syariah di negara ini.

Kunjungan hormat PPD Klang kepada YADIM Selangor

YADIM Selangor telah menerima lawatan kunjungan hormat daripada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Klang pada 30 Januari. Pertemuan ini bertujuan untuk membincangkan kerjasama

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *