Home » Citra Yadim » Membantu golongan Saudara Kita

Membantu golongan Saudara Kita

KUCHING 15 Mac – Dalam usaha membantu golongan `Saudara Kita’ dari segi memantapkan penghayatan kepada ajaran Islam serta sokongan dari sudut ekonomi, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) telah menganjurkan  program Penghayatan Islam di dua lokasi di Sarawak.

Pengurus Eksekutif YADIM Zon Sarawak, Awang Dulhadi berkata, program berkenaan telah diadakan  di Kampung Gayau Jasa, Pantu,  Sri Aman pada 10 dan 11 Mac, serta Kampung Jaong, Sri Aman pada 12 Mac.

“Program di Kampung Gayau Jasa telah mendapat kerjasama dari beberapa pihak lain seperti Persatuan Taranum wal Marhaban (PRAU), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Sarawak dan Angkasa,’’ katanya.

Beliau menjelaskan, antara lain program ini diadakan dengan tujuan untuk menilai tahap kefahaman golongan  Saudara Kita terhadap agama Islam selepas mereka mengikuti proses pembelajaran daripada para daie YADIM sebelum ini.

Menurutnya, pelbagai aktiviti telah diadakan sepanjang program berkenaan seperti ceramah agama,  pertandingan kuiz Fardhu Ain, interaktif al-Quran, pertandingan azan dan iqomat, hafazan serta penilaian amali solat yangg dilaksanakan bersama dengan NGO.

Selain itu, beliau berkata, pihak Angkasa juga telah berkongsi informasi mengenai koperasi dan kelebihannya dalam membantu ekonomi Saudara Kita di Gayau dalam satu slot ceramah khas yang telah disampaikan oleh Encik Wan Azizan Wan Zainal Abidin.

“Selain itu pihak PRAU telah menyampaikan sumbangan berbentuk wang tunai untuk keperluan surau di Kampung Gayau dan pemberian sumbangan berbentuk pakaian kepada penduduk setempat,’’ katanya.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *