Home » Citra Yadim » Membina keluarga sakinah

Membina keluarga sakinah

JOHOR BAHRU 14 Mac – Keluarga merupakan instiusi penting dalam sesebuah masyarakat kerana ia merupakan peringkat paling asas dalam membina sebuah masyarakat yang harmoni dan terhindar daripada sebarang gejala negatif.

Pengurus Eksekutif Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Zon Selatan, Muhamad Ammar Abdullah berkata, justeru itu, pihaknya akan terus memfokuskan program-program sedemikian yang juga selaras dengan ajaran Islam yang begitu mementingkan peranan ibu bapa dalam mendidik anak-anak.

Katanya, atas semangat itu, YADIM Zon Selatan telah menganjurkan program Bicara Keluarga Sakinah: Ibu Bapa Unggul, Anak Cemerlang pada 12 Mac lalu bertempat di Dataran D’Cabin Chalet Jati, Kampung Sri Gunung Pulai, Johor.

“Melalui program ini YADIM mahu memberi kesedaran terhadap  tanggungjawab sebagai bukan sahaja ibu bapa tetapi juga kepada anak-anak bagi melahirkan sebuah keluarga sakinah yang mengikut Ahli Sunnah Wal Jamaah,’’ katanya.

Beliau berkata, program berkenaan telah memberikan pendedahan kepada para peserta terhadap pendidikan anak-anak di peringkat keluarga selaras dengan ajaran Islam oleh penceramah, Fakhrul Islam  Md Zarin iaitu salah seorang peserta Pencetus Ummah.

Katanya, seramai 200 peserta telah hadir pada program berkenaan yang terdiri daripada golongan ibu bapa, para pelajar dan lain-lain.

“Pada keseluruhannya, program ini telah mendapat sambutan yang sangat baik daripada para peserta dan mereka mencadangkan program ini diadakan lebih kerap lagi pada masa akan datang,’’ katanya.

Program ini turut mendapat kerjasama daripada Jawatankuasa Kemajuan adn Keselamtan Kampung  Gunung Pulai, Koop Sekawan dan Sekolah Kebangsaan Gunung Pulai.

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *