Home » Citra Yadim » Memperkasakan institusi penghulu

Memperkasakan institusi penghulu

KUALA LUMPUR 9 Dis. -Seminar Jati Diri Dan Memperkasa Institusi Penghulu yang dianjurkan oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dan Kesatuan Penghulu Penggawa Semenanjung Malaysia (KPPSM) pada 7 dan 8 Disember lalu diharapkan mampu mendedahkan kepada penghulu dan penggawa tentang aspek pengurusan terkini dan isu-isu semasa.

Yang Dipertua KPPSM, Ahmad Fuad Z.Abidin berkata, pihak Ahli Jawatankuasa KPPSM Pusat telah bersetuju untuk merancang satu bentuk seminar dengan kerjasama YADIM yang dapat memberi input dan pengetahuan terutama kepada semua penghulu penggawa di setiap negeri.

“Idea dan ilham oleh KPPSM ini diyakini dapat mendedahkan dan memberi pengetahuan dan ilmu terutama berkaitan kepimpinan menurut perspektif Islam, isu-isu semasa (perang pemikiran), ideologi dan semangat patriotism,’’ katanya.

Beliau berkata, diharap dengan adanya seminar ini, ia akan memberi idea baru dan impak baru terutama di dalam diri semua penghulu penggawa untuk berkhidmat dengan lebih baik, cekap berlandaskan syariat Islam.

Menurutnya, KPPSM merupakan sebuah pertubuhan yang berdaftar dan mempunyai 610 ahli yang berdaftar dan mempunyai cawangan di 10 buah negeri.

Seminar Jati Diri Memperkasakan Institusi Penghulu diadakan antara lain bertujuan untuk mendedahkan kepada semua Penghulu dan Penggawa dengan gaya kepimpinan menurut perspektif Islam.

Selain itu, seminar ini juga bertujuan untuk mempertingkatkan pengetahuan setiap penghulu dan penggawa mengenai  isu-isu semasa terutama berkaitan perang pemikiran dan memberi kesedaran tentang ideologi dan semangat patriotisme yang perlu ada di dalam setiap diri individu.

Artikel Berkaitan

Ribuan wanita di Malaysia  pencari nafkah

PADA era ekonomi globalisasi kini yang sangat mencabar menjangkaui keupayaan individu melalui Revolusi Perindustrian 4.0 telah menampakkan perubahan yang ketara dari segi

Seiring Dakwah dan Amal

Alhamdulillah, kebelakangan ini, ramai dalam kalangan umat Islam yang cuba mengambil peluang menyampaikan dakwah terutamanya melalui kemudahan media sosial. Hal ini sebenarnya

Mus’ab Bin Umair: Menjadi Duta Umat

Hari ini tidak seperti dahulu. Pengamalan ajaran Islam sudah semakin meluas. Baik sekecil-kecil perkara seperti rancangan keagamaan di kaca televisyen sehinggalah pelaksanaan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *