Home » Uncategorized » MEMULIAKAN ANAK YATIM

MEMULIAKAN ANAK YATIM

Memelihara dan memuliakan anak yatim adalah perbuatan mulia dan merupakan amalan para nabi dan rasul, sehingga Rasulullah s.a.w menyebutkan bahawa beliau akan bersama anak yatim di Jannah.

Dengan demikian memuliakan dan menghormati anak yatim adalah tabiat dan akhlak Rasulullah s.a.w Oleh sebab itu memuliakan dan memelihatra anak yatim merupakan amalan dan memelihara anak yatim merupakan amalan dan sifat orang mukmin yang benar. Ini dijelaskan di dalam al- Quran bermaksud : ” Tahukah kamu orang yang mendustakan agama? Itulah orang- orang yang menindas anak- anak yatim dan tidak menganjurkan memberi makan orang- orang miskin.” Q.S al- Ma’un : 1-3)

Seseorang muslim itu sanggup mendirikan solat dan melaksanakan ibadah- ibadah yang lain, namun kepercayaan seseorang terhadap agama Allah itu tidak dapat dinilai dengan solat semata- mata sebab Islam bukanlah agama kulit dan agama ritual sahaja. sesungguhnya hakikat iman itu mempunyai ciri- ciri dan alamat yang membuktikan kewujudan- Nya. Selama alamat itu belum wujud, maka keimanan dan kepercayaan itu pun tidak wujud.

Sebenarnya diantara aqidah dan syariah tidak boleh dipecah dan dipisah antara satu bahagian dengan bahagian yang lain, malah Islam adalah satu program terpadu dimana kegiatan aqidah membuahkan ibadah, sedangkan ibadah terpaut dengan aqidah.

Oleh sebab itu seorang muslim tidak dibenarkan mengambil sebahagian syariat Islam dan menolak sebahagian yang lain. Ia tidak harus menerima sesuatu yang disukainya. Inilah maksud Islam dalam kontekas pengenalan diri dan pengabadian kepada Allah S.W.T dan disinilah terletaknya batas kufur yang menjadi masalah masyarakat sepanjang zaman.

Ayat di atas menjadi contoh dan gambaran yang jelas satu hakikat agama yang besar dan hamper mengubah sama sekali pengertian biasa mengenai iman dan kufur serta yang selalu dirasakan oleh kebanyakan kita. Firman Allah S.W.T, “Tahukah kamu orang yang mendustakan agama?”

Ayat tersebut dimulai dengan pertanyaan Allah S.W.T. Apakah engkau melihat atau apakah engkau tahu siapakah pendusta- pendusta agama itu? Kemudian Allah S..W.T menegaskan sebahagian jawapan, “Sesungguhnya, yang demikian itu adalah mereka yang menindas anak- anak yatim dan tidak menggalakan memberi makan kepada orang- orang misin.”

Inilah satu jawapan yang cukup menghentak kerana hanya dengan sebab kita mengabaikan beberapa kebajikan terhadap anak yatim dan orang miskin, kita boleh digolongkan sebagai pendusta- pendusta agama sendiri. Bagaimana kiranya kita melakukan kerja jahat seperti berjudi, berzina dan bagaimana jadinya agama Islam sekiranya sebahagian dari syariat- syariat Islam itu kita khianati sendiri ?

Allah S.W.T memberi peringatan kepada kita tentang kebajikan anak yatim dan orang- orang miskin sehingga ia dihubungkan dengan pengertian agama itu sendiri. Mengabaikan kebajikan kebajkan mereka bererti mengabaikan agama, sebaliknya memuliakan mereka menjadikan diri kita sebagai orang- orang yang memuliakan agama. Firman Allah S.W.T bermaksud “ Sebab itu, terhadap anak yatim janganlah kamu berlaku sewenag- wenag. Dan terhadap orang yang minta- minta, janganlah kamu mengherdiknya. Dan terhadap nikmat Rabbmu, maka hendaklah kamu siarkan. “ (QS. Ad- Dhuha: 9.11)

Anak yatim adalah anak- anak yang belum baligh baik lelaki atau perempuan yang telah kematian bapaknya. Orang pertama yang bertanggungjawab terhadap masalahnya ialah ahli warisnya untuk memeliharanya sampai besar dengan pemeliharaan yang sempurna hingga ia mampu menjalankan kehidupan sendiri.

Disamping itu mereka hendaklah menjauhkan diri dari tindakan aniaya, seperti menindas mereka atau mengkhianati mereka dalam masalah hatra keupayaan mereka. Jika ahli waris tidak mampu meliharanya kerana kemiskinan atau sebahagian maka wajib untuk berusaha memberi bantuan dan memelihara mereka. Sekiranya golongan yang kaya dan mampu itu mengabaikan kewajipannya maka masyarakat seluruhnya yang menanggungnya.

Memelihara anak- yatim dalam rumah sendiri adalah sebaik- baik amal yang dituntut oleh Islam. Sabda Rasulullah s.a.w “sekasih- kasih rumah disisi Allah S.W.T ialah rumah yang ada di dalamnya anak- anak yatim yang dimuliakan dia.” –HR- at- Tarmizi.Anak- anak yatim yang dimuliakan bukanlah dengan diberi makan dan minum semata- mata, tetapi juga dimuliakan dengan :

  • Memberikan kasih sayang dengan sepenuhnya.
  • Memberikan pendidikan dan nasihat baik berupa aqidah Islam.
  • Melibatkan mereka dengan masyarakat seperti berjamaah, gotong- royong, tolong- menolong, amar makruf nahi mungkar dan sebagainya.

Untuk memastikan kebajikan anak yatim terjaga, pihak- pihak yang mengurus anak- anak yatim hendaklah melakukan

  • Tabung khusus anak yatim.
  • Mensosialisasikan kepada masyarakat agar gemar memberikan sumbangan untuk anak yatim.
  • Mengurus harta dan hal ehwal anak yatim dengan professional, amanah dan bertanggungjawab.

 

 

Artikel Berkaitan

‘Tahniah Dr Sirajuddin’ – Anwar

Kuala Lumpur: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Dr

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *