Home » Langit Terbuka » Menteri Pendidikan gesa semarak semula tulisan jawi

Menteri Pendidikan gesa semarak semula tulisan jawi

Menteri Pendidikan berkata, terdapat lebih 10,000 manuskrip Melayu klasik bertulisan jawi dalam pelbagai bidang di pelbagai institusi dalam dan luar negara termasuk di England, Belanda, Amerika Syarikat, Rusia, Jerman, Perancis dan India

MUAR – Menteri Pendidikan, Maszlee Malik menggesa semua pihak menyemarakkan semula tulisan jawi dalam kalangan masyarakat di negara ini.

Ini kerana, katanya, terdapat lebih 10,000 manuskrip Melayu klasik bertulisan jawi dalam pelbagai bidang di pelbagai institusi dalam dan luar negara termasuk di England, Belanda, Amerika Syarikat, Rusia, Jerman, Perancis dan India.

Beliau berkata, penyelidikan terhadap manuskrip berkenaan perlu diperbanyakkan supaya dapat menggali ilmu yang terdapat dalamnya dan disesuaikan pula dengan perkembangan ilmu pada masa ini.

“Penulisan pelbagai bidang ilmu dalam tulisan jawi boleh diteruskan jika mendapat sokongan semua pihak. Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) perlu mengambil tanggungjawab sosial untuk menerbitkan bahan bacaan bertulisan jawi.

“Tulisan jawi juga boleh dianggap sebagai tulisan rasmi kedua negara selepas rumi yang digunakan sebagai tulisan utama sejak abad ke-14,” katanya.

Teks ucapan beliau dibacakan Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Pendidikan, Datuk Jamil Rakon pada Karnival Semarak Jawi 2018 di Sungai Balang. – Ismaweb

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *