Home » Citra Yadim » Menyantuni Ketua-Ketua Blok Felda Kemasul, Bentong.

Menyantuni Ketua-Ketua Blok Felda Kemasul, Bentong.

SEMPENA Program Pelangai Bermunajat pada 6 Oktober, YADIM telah mengambil kesempatan menemui dan menyantuni Ketua-Ketua Blok Felda Kemasul, Bentong.
Dalam pertemuan dengan Ketua-Ketua Blok tersebut, Yang Dipertua YADIM, Datuk Hasanuddin Mohd Yunus telah menyeru agar menghargai keamanan dan rezeki yang dinikmati ketika ini.
Beliau turut menghuraikan bagaimana Aspirasi Malaysia Madani ketika ini digunakan untuk mensejahterakan kehidupan rakyat.
Pengarah Kanan Sektor Latihan dan Pengkaderan YADIM, Kapten (B) Shamsuddin Moner, Pengarah YADIM Pahang, Ustaz Alwi Muda, Timbalan Pengurus Besar FELDA Wilayah Mempaga, Puan Asmuriza Muhammad serta kakitangan Felda antara yang hadir sama.
Datuk Hasanuddin tidak asing dengan kakitangan Felda kerana sebelum ini beliau merupakan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Pembangunan Islam Felda (JHEPI). Aktiviti hal ehwal Islam FELDA seluruh negara dilaksanakan oleh JHEPI.

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *