Home » Citra Yadim » Merakyatkan YADIM

Merakyatkan YADIM

KUALA TERENGGANU – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) akan mengadakan pertemuan dengan seramai mungkin badan bukan kerajaan (NGO) Islam di negara ini untuk mengajak mereka bergerak bersama badan dakwah ini.

Yang Dipertuanya, Yang Berbahagia Ustaz Nasrudin Hassan berkata ia adalah sebahagian daripada usahanya merakyatkan YADIM.

“Kita akan mengumpulkan NGO NGO Islam seluruh negara dalam gerakan dakwah, YADIM adalah hak semua orang,” katanya semasa berucap di Program Yadim Peduli : Cuci-Cuci dan Musa’adah Pasca Covid-19 Terengganu di sini pada 30 Julai.

Program itru dirasmikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri.

Dr Zulkifli turut menyampaikan bantuan food basket mengandungi keperluan harian kepada 200 orang asnaf yang dikenalpasti terkesan dengan penularan Covid-19.

Dalam pada itu Ustaz Nasrudin juga berkata dakwah itu datang daripada semua orang dan bukannya eksklusif kepada warga agensi dakwah sahaja.

Ini selaras dengan ucapannya pada hari pertama beliau memulakan tugas di YADIM, bahawa usaha dakwah sentiasa memerlukan perubahan dan penambahbaikan sejajar dengan keadaan semasa yang sentiasa berubah.

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *