Home » Citra Yadim » Mesej rahmah di padang futsal

Mesej rahmah di padang futsal

PADAWAN- Siri program Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) di negeri ini pada 13 September diteruskan dengan aktiviti di padang futsal.

Program ramah mesra ini diadakan dengan ahli ahli badan bukan kerajaan (NGO) Ikatan Muhibah Permuafakatan Islam Sarawak (IMPISS) di Smart Futsal Jalan Matang di sini.

Timbalan Yang Dipertua YADIM, Yang Berusaha Ustaz Zolkharnain Abidin, dalam satu sesi ringkas sebelum perlawanan futsal, telah beramah mesra dengan ahli ahli IMPISS dan menerangkan serba sedikit kaitan konsep rahmah dan gagasan Rahmatan Lil Alamin dalam bersukan kepada mereka.

Menurut beliau, menerusi dua pendekatan tersebut, akhirnya nanti yang mahu dicapai ialah negara rahmah untuk semua.

Dalam pada itu, IMPISS di Smart Futsal Court malam ini, mengadakan perlawanan persahabatan dengan guru Sekolah Kebangsaan Matang Jaya.

YADIM hari ini memulakan program selama tiga hari di Sarawak dengan mengadakan beberapa program seperti ziarah,seminar dan penyampaian sumbangan.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *