Home » Langit Terbuka » Mesir Gesa Masyarakat Antarabangsa Kongsi Beban Pelarian

Mesir Gesa Masyarakat Antarabangsa Kongsi Beban Pelarian

Mesir terpaksa menanggung beban yang tinggi disamping menghadapi masalah ekonomi sendiri

KAHERAH – Mesir menggesa masyarakat antarabangsa berkongsi tanggungjawab menjadi tuan rumah kepada pelarian, dalam usaha meringankan beban negara itu.

Jurucakap Kementerian Luar Negeri Mesir, Ahmed Abu Zeid dalam kenyataan berkata, kerajaan sentiasa komited dalam membantu pelarian di negara itu walaupun terpaksa menanggung beban yang tinggi dan masalah ekonomi.

“Kita memperbaharui komitmen moral dan undang-undang terhadap pelarian di wilayah ini, termasuk kesungguhan untuk mengintegrasikan mereka dalam masyarakat di negara ini walaupun beban yang tinggi dan masalah ekonomi,” katanya.

Abu Zeid berkata demikian sempena Hari Pelarian Sedunia yang disambut pada 20 Jun setiap tahun.

Ogos lalu, Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian (UNHCR) di Mesir melaporkan bahawa jumlah pelarian dan pencari suaka di negara berkenaan adalah kira-kira 209,000.

Bagaimanapun, anggaran tidak rasmi menunjukkan bahawa terdapat lebih 300,000 pelarian di negara berkenaan, termasuk mereka yang didaftarkan dengan UNHCR. – AGENSI

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *