Home » Langit Terbuka » MHE19 buka peluang ketengah produk tempatan

MHE19 buka peluang ketengah produk tempatan

Pembangunan Usahawan
Menteri Pembangunan Keusahawanan berkata, MHE 2019 secara tidak langsung turut menyediakan platform kepada untuk meneroka peluang perdagangan dan rangkaian khususnya dalam pasaran Halal di Jepun. - Foto SME Corp

KUALA LUMPUR – Penganjuran program Expo Halal Malaysia 2019 (MHE19) akan membuka peluang kepada 350 perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan dalam mengetengahkan produk di pasaran global.

Menteri Pembangunan Keusahawanan, Datuk Seri Mohd. Redzuan Yusof berkata, expo tersebut secara tidak langsung turut menyediakan platform kepada PKS berkenaan untuk meneroka peluang perdagangan dan rangkaian khususnya dalam pasaran Halal di Jepun.

“Expo yang mengetengahkan tema ‘Malaysia ke Jepun untuk Olimpik 2020’ merupakan langkah utama ke arah melaksanakan Memorandum Kerjasama (MoC) dalam mempromosi produk dan perkhidmatan halal di Jepun khususnya semasa Sukan Olimpik Tokyo dan Paralimpik 2020 (Tokyo 2020).

“Usaha ini juga dibuat untuk mempromosikan produk dan perkhidmatan halal menerusi enam kluster, iaitu makanan dan minuman yang diproses (F&B), kosmetik, bahan halal, logistik dan perkhidmatan, bioteknologi, penjagaan diri dan farmaseutikal,” katanya dalam sidang akhbar, di sini.

Terdahulu beliau merasmikan majlis Pelancaran MHE19.

Yang turut hadir Timbalan Menteri Pembangunan Keusahawanan, Datuk Dr. Mohd. Hatta Ramli, Kedutaan Jepun ke Malaysia, Dr. Makio Miyagawa dan Pengarah Bahagian Pasifik dan Asia Kementerian Ekonomi, Perdagangan dan Pelaburan Jepun, Hideyasu Tamura. – Utusan Malaysia

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *