Home » Langit Terbuka » Miliki bendera IS, pelajar dipenjara 2 tahun

Miliki bendera IS, pelajar dipenjara 2 tahun

KUALA LUMPUR, 8 Sept. – Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman penjara dua tahun ke atas seorang pelajar sebuah institut kemahiran, hari ini selepas dia mengaku bersalah memiliki bendera berkaitan kumpulan militan IS, enam bulan lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Nordin Hassan memerintahkan tertuduh, Mohd Zaidi Hashim, 36, menjalani hukuman berkenaan berkuat kuasa dari tarikh dia ditangkap pada 24 Mac 2016.

Zaidi yang tidak diwakili peguam didakwa memiliki item (bendera) yang berkait dengan perlakuan pengganas di rumah No 6-11A Blok D Pangsapuri Permai, Jalan Tropicana, Petaling Jaya, pada jam 1.10 petang 24 Mac lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 130JB (1)(a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda dan boleh juga dilucutkan mana-mana item itu.

Sumber : Ismaweb

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *