Home » Langit Terbuka » Modul pulih pengikut GISBH dilaksana pertengahan Februari depan

Modul pulih pengikut GISBH dilaksana pertengahan Februari depan

Logo Global Ikhwan Services and Business Holdings (GIBSH)

KUALA LUMPUR: Tujuh modul yang sedang dibangunkan jawatankuasa khas berhubung silibus pemulihan akidah pengikut GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) dijangka akan dilaksanakan seawal-awalnya pertengahan Februari tahun depan.

Pengerusi jawatankuasa khas bagi menyediakan sukatan pelajaran pemulihan akidah mangsa dan pengikut GISBH, Ahmad Fawaz Fadzil, berkata ia selepas pihaknya selesai menjalankan penilaian dan pelarasan modul itu, barulah ia akan dilaksanakan terhadap golongan sasar.

Namun ketika ini, beliau berkata, pihaknya menggunapakai modul daripada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) terlebih dahulu sebagai projek rintis, untuk memulihkan akidah pengikut GISBH.

“Insya-Allah modul itu kita akan laksanakan selepas semua penilaian dan pelarasan seawal pertengahan Februari (tahun depan) atau sebaiknya Mac (tahun depan).

“Yang (sekarang ini) kita guna modul sedia ada disediakan oleh MAIS hingga Februari (tahun depan) selesai projek rintis.

“Jadi Insya-Allah selepas diperkemas dan diperkasakan, kita akan laksanakan modul dibangunkan pada awal pertengahan Februari (tahun depan) selepas selesai projek rintis yang kita bekerjasama dengan MAIS,” katanya kepada BH hari ini.

BH sebelum ini melaporkan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, berkata modul berkenaan mencakupi akidah dewasa, akidah kanak-kanak, rohani dan jati diri.

Difahamkan, ketika ini jawatankuasa terbabit yang diketuai Fauwaz sedang di peringkat akhir penilaian modul berkenaan.

Selain itu, ia membabitkan kelas al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA), pembangunan remaja, kepemimpinan umat insaniah dan modul psikospiritual.

Aspek deradikalisasi turut menjadi sebahagian daripada odul yang akan digunakan dalam pemulihan akidah kanak-kanak GISBH.

Fokus itu antara ditekankan alam usaha menangani kemelut akar umbi radikalisasi dicetuskan kepercayaan dan pegangan salah.

Artikel Berkaitan

Ribuan wanita di Malaysia  pencari nafkah

PADA era ekonomi globalisasi kini yang sangat mencabar menjangkaui keupayaan individu melalui Revolusi Perindustrian 4.0 telah menampakkan perubahan yang ketara dari segi

Seiring Dakwah dan Amal

Alhamdulillah, kebelakangan ini, ramai dalam kalangan umat Islam yang cuba mengambil peluang menyampaikan dakwah terutamanya melalui kemudahan media sosial. Hal ini sebenarnya

Mus’ab Bin Umair: Menjadi Duta Umat

Hari ini tidak seperti dahulu. Pengamalan ajaran Islam sudah semakin meluas. Baik sekecil-kecil perkara seperti rancangan keagamaan di kaca televisyen sehinggalah pelaksanaan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *