Mufti minta siasat segera video tular tasawuf ekstrem

0
480
Wan Salim mengulas penularan video mengenai pelaksanaan solat yang didakwa menyimpang daripada ajaran Islam. - Foto Arkib YADIM

GEORGETOWN – Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor meminta pihak berkuasa agama menyiasat sebuah video tular di media sosial mengenai seorang lelaki mengajar tasawuf ekstrem yang dikhuatiri menyeleweng daripada ajaran Islam sebenar.

Beliau berkata, tindakan segera perlu diambil bagi mencegah ajaran tasawuf yang menyesatkan daripada disebarkan di negara ini supaya akidah umat Islam yang berlandaskan fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah akan terus terpelihara.

“Aliran pemikiran sebegini mampu merosakkan akidah umat Islam dan membawa kepada kesesatan kerana ia memecahkan agama Islam kepada syariah dan hakikat. Sebab itu saya minta pihak berkuasa agama dapat mengambil tindakan segera terhadap video dan lelaki tersebut.

- advertisement -

“Malah ia seterusnya memperleceh syariah dan ulama syariah dengan dakwaan palsu kononnya ulama syariah mengubah ajaran agama,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Wan Salim mengulas penularan video berdurasi 3 minit 53 saat yang tular sejak semalam mengenai pelaksanaan solat yang didakwa menyimpang daripada ajaran Islam.

Beliau berkata jika dihalusi, aliran pemikiran tasawuf yang melampau itu didapati berpunca daripada dakwaan kononnya Rasulullah SAW mengajar sahabatnya ilmu hakikat yang tidak didedahkan kepada sahabat lain.

Katanya, itu adalah satu tohmahan karut terhadap Nabi Muhammad bahawa baginda menyembunyikan ilmu yang diperintahkan Allah untuk disampaikan kepada semua. – BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here