Home » Langit Terbuka » Mufti Pahang sambut baik cadangan cuti Jumaat, Sabtu

Mufti Pahang sambut baik cadangan cuti Jumaat, Sabtu

Menurut Mufti Pahang, cuti pada hari Jumaat sangat digalakkan dalam Islam dan kebanyakan negara Islam telah melaksanakan perkara tersebut

KUANTAN – Mufti Pahang, Datuk Seri Abdul Rahman Osman, menyambut baik cadangan mengubah cuti hujung minggu kepada Jumaat dan Sabtu di negeri ini yang memberi manfaat besar buat umat Islam untuk beribadah.

Abdul Rahman berkata jika cadangan tersebut dilaksanakan, ia memberi banyak fadilat kepada orang Islam supaya dapat hadir awal ke masjid pada Jumaat dan fokus beribadah tanpa memikirkan urusan duniawi seperti perlu menyelesaikan pekerjaan.

Menurutnya, cuti pada hari Jumaat sangat digalakkan dalam Islam dan kebanyakan negara Islam telah melaksanakan perkara tersebut yang mengutamakan hari Jumaat yang memberi kelebihan buat Muslimin menunaikan solat Jumaat.

“Pada pandangan peribadi, saya menyambut baik pelaksanaan cuti pada Jumaat dan Sabtu kerana mempunyai banyak fadilat untuk umat Islam beribadah dan digalakkan untuk datang awal ke Masjid.

“Bagaimanapun, terpulang kepada kuasa Tuanku (Sultan Ahmad Shah) dan Pemangku Raja Pahang (Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah) yang juga pemerintah tertinggi berkaitan hal ehwal agama Islam negeri untuk menentukan perkara itu,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di sini, semalam.

Pada sidang DUN Pahang minggu lalu, Adun Tanjung Lumpur, Rosli Abdul Jabar, membentangkan usul mengubah cuti hujung minggu negeri ini kepada Jumaat dan Sabtu.
Rosli yang juga Pesuruhjaya Pas Pahang, membuat cadangan itu atas alasan majoriti penduduk negeri ini adalah beragama Islam dan cuti pada Jumaat akan membolehkan pekerja tidak tergesa-gesa bersiap untuk ke masjid.

Dalam pada itu, Abdul Rahman berkata, untuk pelaksanaan cadangan tersebut bagaimanapun memerlukan kajian mendalam dari pelbagai sudut khususnya pada sektor ekonomi dan pentadbiran kerajaan negeri.

 

https://www.sinarharian.com.my/edisi/pahang/mufti-pahang-sambut-baik-cadangan-cuti-jumaat-sabtu-1.863030

 

Artikel Berkaitan

Maqasid haji membina kesatuan ummah

Ibadah haji merupakan salah satu daripada rukun Islam yang menjadi tunjang dalam kehidupan seorang Muslim. Ia adalah manifestasi ketaatan kepada Allah SWT

Ukuran haji mabrur

Ibadat haji merupakan kewajipan bagi umat Islam yang mampu dan menjadi rukun Islam kelima. Tentunya setiap kewajipan yang ditetapkan oleh Allah SWT

Syahristani tajam dalam ilmu perbadingan

  Syahristani adalah seorang ulama terkenal abad ke-21 khususnya di bidang teologi, sejarah dan agama. Ia juga dikenali sebagai ahli perbandingan agama.

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *