Home » Langit Terbuka » Mufti Yakin Jakim Tidak Dibubar

Mufti Yakin Jakim Tidak Dibubar

Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri berkata, sebaliknya, Perdana Menteri hanya mahu melihat semula peranan jabatan itu selain memperkasakan fungsi sebenar sebuah institusi keislaman dalam ruang lingkup masyarakat Islam di negara ini.

PUTRAJAYA – Tun Dr. Mahathir Mohamad diyakini tidak akan membubarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sebagaimana dipolemikkan masyarakat ketika ini.

Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri berkata, sebaliknya, Perdana Menteri hanya mahu melihat semula peranan jabatan itu selain memperkasakan fungsi sebenar sebuah institusi keislaman dalam ruang lingkup masyarakat Islam di negara ini.

“Dr. Mahathir bercakap bukan soal isu bubar, tetapi mahu melihat semula peranan Jakim dan mekanisme yang digunakan termasuk tumpuan yang sepatutnya Jakim terlibat dalam kalangan masyarakat.

“Jadi saya yakin Jakim tidak akan dibubarkan tetapi mahu melihat aspek-aspek ini supaya pelaksanaan (jabatan ini) lebih menyeluruh,” katanya ketika ditemui Utusan Online di pejabat beliau, di sini hari ini.

Baru-baru ini, Dr. Mahathir berkata, kerajaan akan melihat semula peranan Jakim dengan mengumpulkan sejumlah ilmuan Islam untuk membincangkan masa depan jabatan itu.

Katanya langkah itu dibuat bagi melihat semula peranan badan berkenaan sama ada perlu dikekalkan atau dikembalikan kepada tujuan asal ditubuhkan.

Barikutan itu, pelbagai pihak tampil membuat bantahan agar Jakim tidak dibubarkan dan mesti dipertahankan. – UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *