Home » Citra Yadim » Mukhayyam satukan Sahabat Yadim

Mukhayyam satukan Sahabat Yadim

Aktiviti abseiling

GOMBAK, 25 OGOS – Mukhayyam Ukhuwwah Sahabat Yadim (MUHSIN) yang telah diadakan di Kem Alang Sedayu anjuran Bahagian Kepimpinan Muda (KEMUDA), Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) ternyata telah memberi pengalaman baru kepada lebih kurang 60 orang Sahabat Yadim. Program ini merupakan program khusus Sahabat Yadim Negeri Selangor dan Kuala Lumpur.

Program selama 3 hari 2 malam yang berlangsung dari 21 hingga 23 Ogos itu diilhamkan bagi mengukuhkan ukhuwwah dan perkaderan kepimpinan Islam di kalangan peserta. Ternyata, ia telah memberi impak yang amat baik kepada mereka yang terdiri daripada pelajar pelbagai institusi pengajian tinggi tempatan.

Mereka telah berjaya mengikuti setiap aktiviti yang dianjurkan termasuk aktiviti kerohanian seperti solat fardhu secara berjemaah, kuliah Subuh dan Maghrib, qiamullail dan usrah. Mereka juga berpeluang merasai pengalaman memasak di dalam hutan, hiking, jungle tracking abseiling dan mencari harta karun.

7 teras Sahabat Yadim yang telah digariskan turut dikupas secara berkumpulan bagi memahami sepenuhnya tanggungjawab mereka sebagai Sahabat Yadim. Di samping menarik ramai lagi golongan muda menyertai program dan aktiviti dakwah. 7 teras tersebut adalah beriman dengan aqidah yang benar, beradab dan beramal soleh, membudayakan ilmu dan berkemahiran tinggi, adil dan berhikmah menyampaikan kebenaran, ikhlas berjuang memimpin khittah perjuangan, berukhuwwah dan berdakwah dengan kasih sayang serta istiqamah dan iltizam dalam dakwah.

Menurut penyelaras program, Mohd Khusnaini B. Mongin, “Program ini memberikan satu pengalaman yang amat menyeronokkan bukan sahaja kepada para peserta tetapi juga kepada urus setia Yadim. Setiap aktiviti yang dilaksanakan mempunyai falsafahnya yang tersendiri bagi membina jati diri Islam di dalam setiap diri  peserta.”

“Aktiviti-aktiviti yang dilakukan telah berjaya membina ukhuwwah di kalangan ahli Sahabat Yadim yang saling tidak mengenali sebelum ini. Para peserta juga dilatih menjadi seorang yang beridealisme Islam sejati, progresif dan mempunyai ketahanan fizikal dan mental.”katanya.

Sahabat Yadim merupakan satu program yang dibangunkan untuk memberi kefahaman dan penghayatan kepada masyarakat mengenai agenda besar perjuangan Islam dan peranan ummah bagi memartabatkan agama, bangsa dan negara. Para penggeraknya terdiri daripada para pelajar pelbagai jurusan di pusat pengajian tinggi tempatan.

mukhayyam2 mukhayyam3 mukhayyam4

Artikel Berkaitan

SEBATI Madani Pulau Ketam

Ia bermula dengan tazkirah Maghrib oleh Daie Muda YADIM (DMY), Khairun Najmi Fadzil pada 26 Februari dengan tajuk ‘Metodologi Dakwah Rasulullah SAW’

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *