Home » YADIM MADANI » Multaqa Petugas Dakwah Madani

Multaqa Petugas Dakwah Madani

MULTAQA Petugas Dakwah Madani di Dewan Kompleks Syeikh Niamat Yusuf, Maahad Tarbiah Islamiah Derang (MTID) pada 27 April mengisi jadual seterusnya Jelajah YADIM Negeri Kedah dan Perlis pada 27 April.
Program bersama Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Yang Berhormat Senator Dr. Zulkifli Hasan ini menghimpunkan seramai 400 orang warga institusi pendidikan Taman Asuhan Kanak-kanak Islam, Sekolah Rendah Islam dan Sekolah Menengah Islam yang dikedalikan oleh Yayasan Takmir Pendidikan (ABIM) Kedah.
Ia bermula dengan ucapan Yang Dipertua ABIM Kedah, Encik Azfar Abdullah disusuli oleh Presiden ABIM, Encik Ahmad Fahmi Shamsuddin sebelum kemuncak acara iaitu ucapan perasmian Multaqa Petugas Dakwah Madani yang disempurnakan dengan syarahan Dr. Zulkifli.
Antara inti syarahan beliau ialah tentang kepentingan usaha mengangkat pemahaman konsep ummah yang lebih luas seperti apa yang dilakukan oleh Rasullullah SAW di Madinah.
Jelas beliau, formula ini berjaya menjadikan tamadun umat lebih cemerlang.
Turut hadir ke majlis ini ialah Pengerusi Majlis Pemegang Amanah MTID, al-Fadhil Ustaz Ilyas Ismail dan Mudir Am MTID, al-Fadhil Ustaz Abu Khair Ayub As-Syami.

Artikel Berkaitan

Diyat sebagai instrumen keadilan syariah

Diyat merupakan satu bentuk pampasan kewangan dalam sistem perundangan Islam yang diberikan kepada waris mangsa sebagai ganti rugi atas kehilangan nyawa atau

Ujian di bulan Ramadan

Ramadan ialah bulan ujian dan latihan perang melawan nafsu. Ujiannya memang berat dan payah sekali. Daripada keseluruhan umat Islam yang menyertainya, barangkali

3 Tingkatan Puasa

Imam Ghazali RA dalam kitab Ihya Ulumuddin telah mengkategorikan puasa kepada 3 peringkat iaitu: 1. As-Saumul umum – puasa umum. 2. As-Saumul

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *