Home » Citra Yadim » Musa’adah Covid-19 YADIM sekitar Kuala Lumpur, Selangor.

Musa’adah Covid-19 YADIM sekitar Kuala Lumpur, Selangor.

MALURI – Bahagian Penyelarasan NGO dan Rakan Strategik Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) pada 16 dan 17 Disember telah mengadakan sumbangan Musa’adah Covid-19 di beberapa lokasi di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

Sebanyak 500 pek sumbangan diserahkan kepada rakan rakan strategik YADIM untuk mereka mengagihkannya pula kepada golongan sasaran yang telah dikenal pasti.

Bermula jam 10 pagi pada 16 Disember, sejumlah 310 pek sumbangan barangan keperluan harian diserahkan kepada beberapa rakan strategik badan dakwah ini.

Antara mereka yang terlibat ialah Pertubuhan Kebajikan Al-Rahmah, Biro Wanita Projek Perumahan Rakyat Desa Petaling, Pertubuhan Rahmat Malaysia dan Persatuan Kebajikan Peniaga Kecil Pasar Moden Cheras.

Manakala pada 17 Disember pula sebanyak 190 set sumbangan diserahkan kepada PERKID Hulu Langat, Pusat Agihan Bantuan Komuniti Prihatin Sungai Merab dan Pertubuhan Kebajikan Anugerah Kasih Sepang.

Mewakili YADIM dalam penyerahan ini ialah Pengarah Bahagian Penyelarasan NGO dan Rakan Strategik YADIM, Ustaz Fuad Samsudin.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *