Home » Citra Yadim » Musaádah di Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah

Musaádah di Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah

KULIM – Beberapa hari lalu, Exco Kerajaan Negeri Kedah merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Merbau Pulas, Yang Berhormat Dato’ Ustazah Siti Ashah Haji Ghazali telah menghubungi Pengarah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah, Ustaz Mohd Aizat Zakaria  untuk berbincang berkaitan bantuan untuk Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah.

Institusi pengajian tinggi ini telah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan hingga 9 Julai ini.

Cakna atas situasi ini, pada 28 Jun YADIM Kedah bersama beberapa rakan-rakan badan bukan kerajaan (NGO) seperti Pertubuhan Dhuafa Sejahtera, An Nasr Care, Sahabat Amal Care, Pertubuhan Al Faizin Care dan Yayasan Israk Malaysia telah menyampaikan sumbangan kepada pelajar politeknik berkenaan.

Lebih 100 kotak sumbangan berupa air mineral, makanan basah dan makanan ringan bernilai lebih RM5,000 telah disumbangkan untuk membantu 830 pelajar yang dikuarantin.

Hadir menerima sumbangan mewakili institusi pengajian tinggi ini ialah Timbakan Pengarah Akademiknya,  Zamre Ab Rahman.

YADIM pula diwakili oleh pengarahnya, Ustaz Mohd Aizat Zakaria. Turut hadir ialah Pegawai Khas Kanan kepada Menteri Besar Kedah, Ustaz Nurul Amin Hamid serta wakil Pusat Kawalan Operasi Bencana Daerah Kulim dan NGO yang terlibat dalam misi bantuan ini.

Artikel Berkaitan

Ribuan wanita di Malaysia  pencari nafkah

PADA era ekonomi globalisasi kini yang sangat mencabar menjangkaui keupayaan individu melalui Revolusi Perindustrian 4.0 telah menampakkan perubahan yang ketara dari segi

Seiring Dakwah dan Amal

Alhamdulillah, kebelakangan ini, ramai dalam kalangan umat Islam yang cuba mengambil peluang menyampaikan dakwah terutamanya melalui kemudahan media sosial. Hal ini sebenarnya

Mus’ab Bin Umair: Menjadi Duta Umat

Hari ini tidak seperti dahulu. Pengamalan ajaran Islam sudah semakin meluas. Baik sekecil-kecil perkara seperti rancangan keagamaan di kaca televisyen sehinggalah pelaksanaan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *