Home » Citra Yadim » Musa’adah pesakit kronik,OKU dan warga emas Baling

Musa’adah pesakit kronik,OKU dan warga emas Baling

BALING – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah pada 14 Jun telah menyantuni penduduk beberapa kampung di daerah ini yang terkesan dengan Covid-19.

Sebanyak 30 pek makanan disumbangkan kepada pesakit kronik, Orang Kelainan Upaya dan warga emas di Kampung  Bendang Padang, Tanjung Nering dan Bok Bak di sini.

Meskipun hujan turun ketika program dijalankan, ia tidak mematahkan semangat kakitangan YADIM Kedah dengan Sukarelawan YADIM (SAY) Baling yang terlibat.

Hadir menyampaikan sumbangan ialah Penghulu Mukim Kupang, Badrul Hisyam Che Li, Pegawai RELA Daerah Baling, Tuan Razif Ramli dan Pengerusi SAY Baling, Abu Hassan Musa.

Pengagihan makanan ini disertai bersama Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan RELA yang merupakan sekretariat jawatankuasa bencana daerah ini.

Artikel Berkaitan

Usaha Memperkasa Institusi Pondok

PUTRAJAYA – Satu Lagi usaha memperkasa institusi pondok di negara ini berlangsung pada 14 April apabila Mesyuarat Syura Nasional Pondok MADANI telah

Bagaikan Aur Dengan Tebing

SETIAP manusia yang bergaul dengan satu golongan mestilah ada caranya tertentu dan ada berbagai-bagai bentuk. Ini termasuklah daripada segi hubungan persahabatan, hubungan

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *