Home » Citra Yadim » Musaádah YADIM Kedah di Kampung Lanai

Musaádah YADIM Kedah di Kampung Lanai

BALING – Bertempat di Kampung Lanai di sini, Yayasan Dakwah Islamiah Malayaia (YADIM) Kedah pada 26 Jun telah mengadakan program Musaádah Covid-19 dengan kerjasama Masjid Intan Safizah dan Jawatankuasa Pembangunan Komuniti Kampung (JPKK) Lanai.

Program bermula dengan pemberian sumbangan di perkarangan masjid kepada seramai 30 penerima yang terkesan dengan  Covid-19 dan asnaf.  Mereka kebanyakannya terdiri daripada ibu tunggal, keluarga pesakit kronik dan sebagainya.

Program kemudiannya diteruskan dengan acara ziarah kepada 20 asnaf di kediaman mereka di beberapa kampung di daerah ini seperti Kampung Lanai Masjid, Kampung Tandop Pisang dan Kampung Titi Mentalin.

Kesemua mereka menerima barangan keperluan harian seperti beras, gula, bihun, biskut, kicap, jus oren dan lain lain.

Acara terakhir ialah ziarah Pondok Teratak Ilmu Haji Abu Bakar Bukit Tinggi untuk penyampaian di sana.

Antara yang hadir dalam program hari ini ialah Penyelaras Program YADIM, Ustaz Haji Azmi Mohammad, Timbalan Pengerusi Masjid Intan Safizah, Haji Zakaria Ismail, wakil JPKK Lanai, Mohd Hassan Mohamed Tawher, pembantu imam Masjid Intan Safizah, Haji Zahari Abd Aziz dan Yang Dipertua Briged Bakti Malaysia Kedah, Haji Tahir Saad dan wakil wakil komuniti.

 

 

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *