Home » Citra Yadim » MyMusaadah Covid-19 YADIM di SK Daingin

MyMusaadah Covid-19 YADIM di SK Daingin

PAPAR – Sekolah Kebangsaan Daingin di sini, merupakan antara yang terjejas dengan kejadian banjir yang melanda negeri ini baru baru ini.

Menurut Guru Besarnya, Asmah Salleh, kerja pembersihan sudah bermula dan blok bangunan kelas serta tandas sudah dibersihkan serta boleh digunakan. Difahamkan, pelbagai pihak berusaha membantu termasuk guru sekolah, Majlis Guru Besar, Persatuan Pengetua Papar, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pemimpin tempatan dan orang awam.

Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) turut tidak ketinggalan dalam membantu pelajar dan mangsa banjir di sini.

Menerusi inisiatif MyMusaadah Covid-19 YADIM yang dilaksanakan pada 14 Julai, sebanyak 40 keluarga pelajar sekolah dan penduduk sekitar menerima sumbangan badan dakwah ini bagi meringankan beban mereka.

Sumbangan barangan keperluan harian berkenaan disampaikan oleh Pengarah YADIM Sabah, Samin Ongki.

Hadir sama ke majlis ini ialah Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, Abidin Marjan dan Pegawai Pendidikan Daerah Papar, Suhaimi Akasah.

YADIM Sabah sebelum ini menyantuni seramai 125 mangsa banjir di Beaufort dan Membakut menerusi inisiatif yang sama.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *