Home » Langit Terbuka » MYNIC sedang selesaikan masalah teknikal .my

MYNIC sedang selesaikan masalah teknikal .my

Mynic kini sedang berusaha menyelesaikan masalah teknikal dihadapinya

 

KUALA LUMPUR –  Pihak berkuasa masih berusaha mencari penyelesaian untuk membetulkan isu alamat web .my yang menyaksikan laman-laman tempatan tidak dapat diakses pagi ini kerana masalah teknikal.

Dalam satu tweet, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo berkata, beliau dimaklumkan mengenai masalah pemecahan alamat .my itu dan MYNIC, pentadbir tunggal untuk alamat web yang berakhir dengan .my tempatan.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sudah diarahkan untuk menyelesaikan masalah itu, tambah Gobind dalam laman Twitternya dan berharap masalah itu dapat diperbaiki dengan segera serta beliau akan memberi maklumat selepas menerima laporan terperinci.

Berkenaan masalah dan status terkini gangguan itu, MYNIC hanya membalas mesej di Facebook pada 12.56 pagi tadi.

Mereka mengeluarkan kenyataan di Twitter serta laman sesawangnya yang menyatakan, mereka sedang mengalami beberapa isu teknikal berkaitan dengan rangkaian Sambungan Keselamatan DNS (DNSSEC) dengan Pihak Berkuasa Nombor Ditugaskan Internet (IANA).

“Kami sedang menyelesaikan masalah itu secepat mungkin, terima kasih atas kesabaran anda ketika kami berusaha untuk menyelesaikannya dan kami akan memaklumkan anda dari semasa ke semasa, kami sangat menghargai pemahaman anda,” kata kenyataan itu.

MYNIC adalah agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) dan dikawal selia oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Ia mentadbir lapan kategori nama domain, .my, .com.my, .net.my, .org.my, .edu.my, .gov.my dan .mil.my – Berita Harian

Artikel Berkaitan

Diyat sebagai instrumen keadilan syariah

Diyat merupakan satu bentuk pampasan kewangan dalam sistem perundangan Islam yang diberikan kepada waris mangsa sebagai ganti rugi atas kehilangan nyawa atau

Ujian di bulan Ramadan

Ramadan ialah bulan ujian dan latihan perang melawan nafsu. Ujiannya memang berat dan payah sekali. Daripada keseluruhan umat Islam yang menyertainya, barangkali

3 Tingkatan Puasa

Imam Ghazali RA dalam kitab Ihya Ulumuddin telah mengkategorikan puasa kepada 3 peringkat iaitu: 1. As-Saumul umum – puasa umum. 2. As-Saumul

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *