Home » Langit Terbuka » Negara anggota OIC perlu tingkatkan kerjasama pendidikan

Negara anggota OIC perlu tingkatkan kerjasama pendidikan

KUALA LUMPUR, 19 Okt. – Malaysia menggesa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) memberi penekanan yang lebih kepada kerjasama pendidikan antara negara anggota untuk membantu satu sama lain berkembang dan mencapai kemakmuran serta menyediakan peluang kepada rakyat.

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman berkata, ini kerana pendidikan adalah pemacu bagi pertumbuhan, pembangunan dan kemajuan.

Beliau berkata sistem pendidikan bukan sahaja perlu melengkapkan mereka dengan kemahiran dan ilmu tetapi juga menerapkan nilai-nilai belas kasihan, kerohanian dan patriotisme.

“Ia juga perlu memupuk nilai-nilai saling menghormati, persefahaman dan toleransi, yang merupakan intipati bagi pendekatan kesederhanaan.

“Hanya melalui usaha bersepadu ini kita boleh menaruh harapan untuk mempunyai masyarakat yang progresif, aman dan stabil,” kata Anifah dalam kenyataannya pada Sesi ke-43 Majlis Menter-Menteri Luar Pertubuhan Kerjasama Islam di Tashkent, Uzbekistan hari ini.

Anifah menegaskan bahawa kumpulan-kumpulan terpinggir dan individu yang menghadapi ketidaksamaan ekonomi dan ketidakadilan sosial adalah sasaran bagi kumpulan radikal untuk menyampaikan ideologi mereka yang salah dan menyeleweng.

“Kita perlu berwaspada dan melindungi mereka daripada terpengaruh dengan kumpulan ektremis ini untuk menyertai perjuangan mereka yang cenderung kepada keganasan,” katanya. – Bernama

Artikel Berkaitan

Ulama galakkan kesederhanaan – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR: Majlis Ulama Asia memainkan peranan penting dalam mempromosi kesederhanaan melalui tafsiran teks agama yang seimbang, memperjuang toleransi dan membimbing umat

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *