KUALA LUMPUR 17 Sept. – Ketika masyarakat mahukan pelbagai masalah sosial dibendung termasuk yang berpunca daripada pengambilan alkohol, ada pula pihak yang merancang untuk mengadakan satu pesta bir besar-besaran yang dinamakan Better Beer Festival 2017 yang dijadualkan berlangsung pada 6 hingga 7 Oktober ini.
Pesta itu meletakkan sasaran untuk mengumpulkan lebih 3,500 peminat minuman keras itu dan bakal diadakan di sebuah pusat membeli-belah di Sri Hartamas.
Penganjuran tersebut mendapat bantahan keras daripada netizen kerana ia bertentangan dengan nilai-nilai moral masyarakat negara ini.
Para netizen juga menyatakan, walaupun terdapat pernyataan di laman Facebook berkaitan yang menyatakan acara tersebut dikhususkan untuk mereka yang bukan beragama Islam, tiada jaminan yang dapat diberikan ia tidak memberikan kesan negatif kepada masyarakat baik Islam mahupun bukan Islam.
Antara yang membantah acara ialah peguam, Mohd Luttfi Abdul Khalid yang menyatakan sekiranya penganjuran pesta arak ini tidak disekat, ia akan menjadi amalan tahunan dan menular kepada generasi muda-mudi Islam khususnya.
“Sudahlah arak senang didapati di kedai-kedai dan pasar raya, namun menjadikan pemabukan arak sebagai satu pesta tahunan bahkan akan menjadikan masalah sosial semakin kronik. Amalan ini bukan satu ciri masyarakat bertamadun,” kata beliau dalam muat naik laman Facebook miliknya. – UTUSAN ONLINE
Anwar Ridhwan bela PM isu martabatkan bahasa Melayu
Sasterawan Negara, Dato’ Dr. Anwar Ridhwan tampil mempertahankan Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Anwar Ibrahim berhubung isu memartabatkan bahasa Melayu
KOMEN