Home » Langit Terbuka » Netizen Mesir puji pelajar Malaysia bersihkan jalan

Netizen Mesir puji pelajar Malaysia bersihkan jalan

MANSURAH, 21 Mac – Usaha murni sekumpulan pelajar Malaysia di Mesir membersihkan sampah di lorong-lorong bandar itu menarik perhatian para netizen negara berkenaan di laman sosial.

Gambar pelajar Fakulti Pengajian Islam Universiti Al-Azhar, Mesir itu viral di laman Facebook sejak kelmarin dengan jumlah perkongsian sebanyak 3,965 dan ‘Likes’ mencapai sehingga 10,000.

Netizen Mesir yang nyata kagum dengan aktiviti itu memuji tindakan mereka. Sebagai respon terhadap usaha itu, seorang netizen, Eman Dahmosh berharap agar masyarakat terutamanya anak-anak perempuan di negaranya adalah seperti sekumpulan pelajar tersebut.

“Saya berharap anak-anak perempuan kita belajar daripada mereka,” katanya.

Mohamad Mansor pula berkata: “Orang-orang ini adalah sangat canggih dan menunjukkan bahawa negara mereka negara yang paling indah di dunia.”

Terdapat juga sebahagian daripada mereka yang mendoakan kesejahteraan ke atas kumpulan berkenaan yang pada kebiasaannya akan mula mengutip sampah pada awal pagi.

Ashraf Hegazy mendoakan agar Allah memelihara mereka dan semoga masyarakatnya dapat belajar daripada mereka.

Enas Ahmed Aly pula berkata, “Semoga Allah memelihara mereka, Ini lah contoh Islam walaupun di negara bukan Islam. Tetapi nilai Islam pada sudut kebersihan ada pada mereka.,” katanya. –www.ismaweb.net

Artikel Berkaitan

‘Tahniah Dr Sirajuddin’ – Anwar

Kuala Lumpur: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Dr

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *