Home » Langit Terbuka » Normah Omar wanita kedua paling berpengaruh dalam kewangan Islam

Normah Omar wanita kedua paling berpengaruh dalam kewangan Islam

Prof Dr Normah Omar, bersama anugerah yang dimenanginya. - Foto Sinar Harian

SHAH ALAM – Pengarah Institut Penyelidikan Perakaunan (ARI), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof Dr Normah Omar, dinobatkan sebagai wanita paling berpengaruh dalam bidang Kewangan Islam oleh Cambridge International Finance Advisory.

UiTM dalam kenyataan hari ini berkata, penganugerahan itu diumumkan pada majlis ‘The 2nd WOMANi Gala Dinner and Awards’ di JW Marriott Marquis Hotel, Dubai, kelmarin.

Cambridge International Finance Advisory adalah sebuah organisasi perkhidmatan kewangan yang berpusat di United Kingdom (UK), iaitu menyediakan khidmat nasihat strategik kepada badan kerajaan, institusi kewangan dan organisasi dua hala dalam memajukan pasaran kewangan.

“Prof Dr Normah disenaraikan di tempat kedua, selepas Datuk Noripah Kamso, Pengerusi Bank Rakyat.

“Anugerah ini sekali gus mengiktiraf dedikasi dan kesungguhan Prof Dr Normah dalam usaha beliau memajukan kajian perlakuan jenayah dalam bidang Kewangan Islam atau Kriminologi Kewangan Islam,” kata kenyataan itu.

Normah adalah penyelidik perintis dalam bidang Kriminologi Kewangan Islam di mana sumbangan dan kesungguhan beliau berjaya mencapai aspirasi Malaysia sebagai hab kewangan Islam.

Di bawah kepeimpinan beliau, ARI diberikan status Pusat Kecemerlangan Institusi Pengajian Tinggi oleh Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia sejak 2010 dan institut itu secara berterusan meletakkan penyelidikan dalam bidang Kewangan Islam sebagai fokus utama.

“Selaras dengan kepakarannya dalam bidang itu, Prof Dr Normah telah banyak memberikan sumbangan dengan menjalin kerjasama dengan agensi dan badan kerajaan seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Persatuan Pemeriksa Penipuan Bertauliah, Persatuan Pakar Bertauliah Anti-Pengubahan Wang Haram dan beberapa persatuan lagi, ” kata kenyataan itu. – Bernama

Artikel Berkaitan

Ribuan wanita di Malaysia  pencari nafkah

PADA era ekonomi globalisasi kini yang sangat mencabar menjangkaui keupayaan individu melalui Revolusi Perindustrian 4.0 telah menampakkan perubahan yang ketara dari segi

Seiring Dakwah dan Amal

Alhamdulillah, kebelakangan ini, ramai dalam kalangan umat Islam yang cuba mengambil peluang menyampaikan dakwah terutamanya melalui kemudahan media sosial. Hal ini sebenarnya

Mus’ab Bin Umair: Menjadi Duta Umat

Hari ini tidak seperti dahulu. Pengamalan ajaran Islam sudah semakin meluas. Baik sekecil-kecil perkara seperti rancangan keagamaan di kaca televisyen sehinggalah pelaksanaan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *