Home » Langit Terbuka » Obama ‘buta’ pasal Myanmar

Obama ‘buta’ pasal Myanmar

Tarik balik sekatan kononnya hak asasi catat kemajuan

NEW YORK 5 Dis. – Ketika dunia terus mengutuk Myanmar kerana tentera negara itu melakukan pembunuhan kejam ke atas penduduk etnik Rohingya, Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama seolah-olah membutakan matanya apabila menarik balik sekatan yang dikenakan sebelum ini atas alasan Myanmar menunjukkan kemajuan besar dalam meningkatkan hak asasi manusia.

Menurut laporan portal Arakan News Agency yang memetik sumber New York Times, pengumuman yang dikeluarkan pada Jumaat lalu menerusi e-mel me­rupakan usaha terakhir Obama yang akan menyerahkan tampuk kepemimpinan kerajaan AS kepada Donald Trump awal tahun depan, mengubah hubungan negara kuasa besar dunia itu dengan Myanmar.

Antara sekatan yang ditarik balik meliputi perdagangan batu permata dan jed serta perniagaan dengan beberapa pegawai tentera Myanmar atau sekutu mereka.

Pengumuman tersebut tidak menyentuh tentang penindasan dan kekejaman negara itu terhadap penduduk minoriti Ro­hingya yang semakin berleluasa di sebalik harapan sebelum ini kemenangan Kaunselor Myanmar, Aung San Suu Kyi dapat memulihkan keadaan di negara itu.

Seorang pegawai White House menegaskan, keadaan di Myanmar adalah jauh lebih baik berbanding semasa sekatan dikuatkuasakan pada 1990-an ketika pemerintahan kerajaan di bawah junta tentera.

Pengarah Polisi Human Rights Watch Asia, John Sifton berkata, keputusan itu sebagai ‘mengejutkan’.

“Malah dengan kekejaman yang sedang berlaku sekarang, perkara terakhir kerajaan AS perlu lakukan adalah meningkatkan tekanan terhadap tentera Myanmar,’’ katanya.

Dalam pada itu Suu Kyi terus berdiam diri ketika kempen pembunuhan berlangsung sekali gus mencemarkan imejnya di peringkat antarabangsa sebagai tokoh demokrasi dan penerima hadiah Nobel Keamanan.

Obama telah melawat Myan­mar sebanyak dua kali dan pegawai pentadbirannya ber­kata, lawatan pertamanya ke negara itu adalah yang paling hebat sepanjang memegang jawatan sebagai Presiden. –

https://www.utusan.com.my

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *