Home » Langit Terbuka » Orang Melayu rugi RM38 bilion, tidak tahu urus hartanah pusaka

Orang Melayu rugi RM38 bilion, tidak tahu urus hartanah pusaka

KUALA LUMPUR, 16 Okt. – Orang Melayu dianggarkan kerugian kira-kira RM38 bilion aset terdiri daripada hartanah seperti rumah, tanah dan wang daripada pelbagai institusi kewangan.

Pakar Perancang Harta Pusaka Islam As Salihin Trustee Berhad, Norisah Ibrahim berkata, ianya akibat sikap kurang kesedaran mengenai pengurusan hartanah pusaka.

“Dianggarkan hanya 200 orang Melayu melakukan perancangan wasiat berbeza dengan orang bukan Melayu, iaitu 800 orang.

“Anggaran kerugian itu dicatatkan pada 2007 dan mungkin bertambah jika tahap kesedaran pengurusan awal perancangan wasiat masih rendah,” katanya semasa menyampaikan ceramah Pengurusan Risiko Hartanah & Pengurusan Hartanah

Beliau berkata, statistik berkenaan menunjukkan tahap kesedaran orang Melayu yang masih rendah kerana sesetengah mereka tidak peduli mengenai kepentingan menguruskan harta pusaka.

“Mereka harus ingat kegagalan menguruskan harta pusaka boleh menyebabkan waris berdosa kerana kemungkinan mereka termakan hak orang lain secara batil.

“Walaupun terdapat sistem faraid, pengagihan juga memerlukan penama sebagai waris untuk membenarkan harta diagihkan,” tegasnya.

Malah, Norisah berkata, akibat daripada tidak melakukan perancangan harta pusaka boleh menyebabkan perpecahan keluarga dan ada sesetengah sanggup membunuh gara-gara tidak berpuas hati.

“Oleh itu, saya menyarankan supaya membuat urusan awal dan segera laksanakan wasiat ketika dalam keadaan sihat.

“Ini kerana jika sebaliknya wasiat boleh terbatal berikutan boleh wasiat itu boleh didakwa dilakukan dalam keadaan tidak sihat,” katanya. – ISMAWEB

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *