Home » Langit Terbuka » Orang ramai diminta henti spekulasi cemar imej tahfiz

Orang ramai diminta henti spekulasi cemar imej tahfiz

JOHOR BAHRU, 27 April – Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mengingatkan orang ramai supaya berhenti membuat spekulasi berhubung kes kematian Allahyarham Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi, 11 selagi kes berkenaan masih disiasat.

Beliau berkata, ia bagi mengelakkan perbuatan tersebut mengguris hati keluarga dan mencemar imej institusi tahfiz.

Katanya lagi, negara ini mempunyai sistem perundangan yang kukuh dan tidak wajar bagi masyarakat mengadili kes berkenaan sebelum keputusan siasatan diperolehi.

“Saya rasa kita ada undang-undang yang cukup. Jangan kita cetuskan andaian dan spekulasi yang hanya akan mengguris keluarga dan mencemar imej institusi tahfiz.

“Selagi mana tidak ada bukti mengenai kejadian ini, tidak ada keputusan kepada siasatan ini adalah tidak adil untuk menghukum mana-mana pihak,” katanya kepada pemberita ketika mewakili Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menziarahi jenazah dan bertemu keluarga mangsa di Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Sultan Ismail (HSI), di sini kira-kira jam 8.20 malam tadi.

Asyraf Wajdi turut menyampaikan sumbangan peribadi Perdana Menteri kepada bapa mangsa, Mohd Gaddafi Mat Karim bagi pengurusan jenazah.

Dalam pada itu Asyraf Wajdi berkata, Perdana Menteri turut berharap agar siasatan dapat dijalankan secepat mungkin secara komprehensif agar punca sebenar kematian mangsa diketahui.

“Beliau sedih dan prihatin dengan apa yang berlaku dia turut mengarahkan saya wakili beliau bertemu waris dan menghadiri majlis pengebumian.

“Paling penting pesanan beliau supaya siasatan dapat dijalankan secara komprehensif dan secepat mungkin. Kita mahukan supaya siasatan dapat beri gambaran sebenar apakah punca kematian (mangsa),” katanya.- www.ismaweb.net

Artikel Berkaitan

Tingkat kualiti pendakwaan syarie

SHAH ALAM – Penubuhan Jabatan Pendakwaan Syarie Malaysia (JPSM) berupaya meningkatkan kualiti pendakwaan dan menyeragamkan proses penggubalan undang-undang syariah di negara ini.

Kunjungan hormat PPD Klang kepada YADIM Selangor

YADIM Selangor telah menerima lawatan kunjungan hormat daripada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Klang pada 30 Januari. Pertemuan ini bertujuan untuk membincangkan kerjasama

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *