Home » Citra Yadim » Organisasi Islam Malaysia dan Indonesia perlu bekerjasama

Organisasi Islam Malaysia dan Indonesia perlu bekerjasama

DSC_3355 DSC_3363 DSC_3383

PUTRAJAYA 10 Okt. – Organisasi Islam di Malaysia dan Indonesia perlu sentiasa berkerjasama dalam melaksanakan dakwah kerana kedua-dua negara Nusantara itu mempunyai kekuatan tersendiri dan menjadi harapan kepada umat Islam lain di seluruh dunia.

Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Dr. Yusri Mohamad berkata, kerjasama erat yang terjalin di antara kedua-dua negara itu dalam konteks agama Islam telah lama terjalin dan seharusnya dikekalkan dan diperkukuhkan lagi.

“Banyak ruang yang boleh dimanfaatkan kedua-dua negara dari segi memperkasakan agama Islam dan ini diperkukuhkan lagi dengan begitu banyak persamaan yang ada dari segi masyarakat dan cara hidup,’’ katanya kepada delegasi daripada SMA Futuhiyyah Mranggen, Indonesia yang melawat YADIM hari ini.

Beliau berkata, sejak dahulu Malaysia sentiasa mengharapkan kekuatan dari Indonesia dalam mendapatkan ilmu-ilmu agama terutama dengan penghantaran pelajar-pelajar belajar di pesantren di negara berkenaan.

Menurutnya, apa yang jelas Malaysia dan Indonesia adalah dua negara serumpun yang mempunyai banyak persamaan dan seharusnya hakikat itu sentiasa menjadi faktor kekuatan masyarakat Islam di rantau ini.

Sementara itu, Ketua Yayasan Futuhiyyah, Said Lafif selaku ketua delegasi, berkata, pihaknya mahu hubungan yang terjalin di antara kedua-dua pihak terus terjalin selepas ini.

Beliau berkata, Yayasan Futuhiyyah yang berpusat di Jawa Tengah bermula dengan kelas mengaji al-Quran pada 1901 dan berkembang sedikit demi sedikit sehingga mempunyai si  stem pendidikan yang mencakupi sehingga peringkat menengah dan teknikal.

Artikel Berkaitan

Diyat sebagai instrumen keadilan syariah

Diyat merupakan satu bentuk pampasan kewangan dalam sistem perundangan Islam yang diberikan kepada waris mangsa sebagai ganti rugi atas kehilangan nyawa atau

Ujian di bulan Ramadan

Ramadan ialah bulan ujian dan latihan perang melawan nafsu. Ujiannya memang berat dan payah sekali. Daripada keseluruhan umat Islam yang menyertainya, barangkali

3 Tingkatan Puasa

Imam Ghazali RA dalam kitab Ihya Ulumuddin telah mengkategorikan puasa kepada 3 peringkat iaitu: 1. As-Saumul umum – puasa umum. 2. As-Saumul

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *