Home » Langit Terbuka » Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah mangkat

Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah mangkat

Kenyataan rasmi dikeluarkan pejabat Menteri Besar Pahang berkata, Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah disahkan mangkat jam 8.50 pagi, 22 Mei 2019 bersamaan 17 Ramadan 1440. - Foto The Sun Daily

KUANTAN – Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail mengesahkan kemangkatan Sultan Pahang Ke-5, Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri‘ayatuddin Al Muadzam Shah di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur, pagi tadi.

Beliau melalui kenyataan rasmi dikeluarkan pejabat Menteri Besar Pahang berkata, Sultan Ahmad Shah disahkan mangkat jam 8.50 pagi tadi.

“Dengan penuh rasa kesedihan dan kesayuan, saya dengan ini mengumumkan kemangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri‘ayatuddin Al Muadzam Shah pada pagi Rabu, 22 Mei bersamaan 17 Ramadan 1440 Hijrah.

“Almarhum mangkat pada jam 8.50 pagi di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur,” katanya.

Beliau turut meminta semua rakyat bersama-sama mendoakan semoga roh Almarhum Sultan Ahmad Shah dirahmati dan ditempatkan bersama para syuhada. – Berita Harian

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *