YDP YADIM memberi penghormatan terakhir kepada Almarhum Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud

YANG Dipertua YADIM, Datuk Hasanuddin Mohd Yunus telah mewakili badan dakwah ini memberi penghormatan terakhir kepada mantan Ketua Menteri dan Yang Dipertua Sarawak, Almarhum Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud. Datuk Hasanuddin bersama yang lain telah hadir ke Masjid Negara bagi tujuan tersebut pada 21 Februari. Bersama warga YADIM, beliau merakamkan ucapan takziah atas […]

Pertemuan wakil-wakil wanita NGO Islam bersama Timbalan Menteri (Hal Ehwal Agama)

PERANAN Dan pengaruh wanita dalam gerak kerja sesebuah badan bukan kerajaan (NGO) tidak boleh dinafikan. Mahu mengambil peluang daripada kelebihan dan kekuatan ini, Pejabat Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dengan kerjasama Bahagian Penyelarasan NGO dan Rakan Strategik YADIM pada 21 Februari telah mengumpulkan wakil-wakil NGO wanita serta sayap wanita NGO Islam […]

Program Bicara Dakwah bertempat di surau IKBN Kemasik

LENSA Program Bicara Dakwah bertempat di surau Institut Kemahiran Belia Negara Kemasik, Kemaman pada 20 Februari. Zamalah YADIM, Ustaz Jihadi Jazmi Abdul Hamid merupakan penceramah jemputan bagi program ini. Seramai 200 pelajar institut berkenaan telah hadir.

Kursus Pengurusan Jenazah di surau kuarters penjara Seberang Perai

YADIM Negeri Pulau Pinang dengan kerjasama Unit Agama dan Latihan, Penjara Seberang Perai telah menganjurkan Kursus Pengurusan Jenazah bertempat di surau kuarters penjara berkenaan pada 20 Februari. Seramai 50 orang peserta terdiri daripada kakitangan penjara berkenaan menyertai program ini. Kursus dijalankan dengan pendekatan teori dan praktikal oleh Ustaz Mohd Farid Abu Bakar, Panel Pengurusan Jenazah […]

Program Aspirasi Remaja Madani

SELARAS Dengan hasrat dakwah menerusi Pendidikan, YADIM Terengganu pada 20 Februari menganjurkan Program Aspirasi Remaja Madani. Bertempat di Dewan Al Khawarizmi, Kolej Vokasional Kemaman, program dengan anjuran bersama kolej berkenaan serta Pertubuhan IKRAM Kemaman ini dihadiri seramai 200 pelajar. Pengisian utama program merupakan ceramah yang disampaikan oleh Ketua Jabatan Kenegaraan dan Ketamadunan Universiti Malaysia Terengganu, […]

Sukarelawan YADIM (SAY) Sepang telah menyertai Kursus Intensif Pengasuhan Anak-Anak

SUKARELAWAN YADIM (SAY) Sepang telah menyertai Kursus Intensif Pengasuhan Anak-Anak anjuran YAWAS, IMPAK dan PTNS di Oriental Crystal Hotel, Kajang baru baru ini. Sepanjang kursus dua hari ini, antara yang telah didedahkan kepada para peserta ialah kemahiran untuk mengurus perniagaan pengasuhan di rumah yang dipecahkan kepada dua sesi iaitu Pemakanan Sihat dan Seimbang serta Persekitaran […]

Program Sepakat Madani bersama Komuniti di Kelantan

SIRI Pertama program Sepakat Madani bersama Komuniti di Kelantan telah bermula di Madrasah Ar Rahmaniah Darul Quran, Kampung Kok Semeru, Tumpat pada 19 Februari. Program bermula dengan Bicara Minda bertajuk “Malaysia Madani Menjamin Kesejahteraan Ummah” yang disampaikan oleh Duat Al Falah, Ustaz Tuan Anuwa Tuan Mat. Selesai Bicara Minda, program diteruskan dengan penyampaian bakul makanan […]

Jelajah Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Pimpinan Guru RSY IPG, Zon Utara

YADIM Meneruskan lagi Siri Jelajah Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Pimpinan Guru Rakan Siswa YADIM (RSY) Institut Pendidikan Guru (IPG) Zon Utara dan Majlis Induksi. Pada 19 Februari seramai 20 orang Majlis Pimpinan RSY IPG Kampus Perlis telah menerima watikah pelantikan masing-masing. Majlis Penyerahan Watikah disempurnakan oleh Penolong Pengarah Bahagian Kepimpinan Muda (KEMUDA) YADIM, Encik Nuuh […]

Induksi Rakan Siswa YADIM (RSY) di Kedah

SESI Induksi Rakan Siswa YADIM (RSY) turut diadakan di Kedah, kali ini bersama 20 orang pimpinan Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Darul Aman (IPGMKDA) pada 17 Februari di Jitra. Sesi yang telah dikendalikan oleh Pegawai Unit IPG dan Politeknik, Bahagian Kepimpinan Muda (KEMUDA) YADIM, Encik Nuuh Muhamad Idris dan Puan Anis Zurain Che Ab. Rahim […]

Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Pimpinan Guru Rakan Siswa YADIM (RSY)

BAHAGIAN Kepimpinan Muda (KEMUDA) YADIM dengan kerjasama Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim (IPGMKSAH) telah mengadakan Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Pimpinan Guru Rakan Siswa YADIM (RSY) peringkat kampus berkenaan pada 18 Februari. Selain Majlis Penyampaian Watikah kepada pimpinan RSY IPG Kampus Sultan Abdul Halim ini, ia juga diisi dengan sesi induksi kepada pimpinan guru […]