Home » Citra Yadim » Program Aspirasi Remaja Madani

Program Aspirasi Remaja Madani

SELARAS Dengan hasrat dakwah menerusi Pendidikan, YADIM Terengganu pada 20 Februari menganjurkan Program Aspirasi Remaja Madani.

Bertempat di Dewan Al Khawarizmi, Kolej Vokasional Kemaman, program dengan anjuran bersama kolej berkenaan serta Pertubuhan IKRAM Kemaman ini dihadiri seramai 200 pelajar.

Pengisian utama program merupakan ceramah yang disampaikan oleh Ketua Jabatan Kenegaraan dan Ketamadunan Universiti Malaysia Terengganu, Prof. Madya Dr. Firdaus Khairi Abdul Kadir.

Ucapan perasmian program pula disempurnakan oleh Pengarah Kolej Vokasional Kemaman, Encik Wan Zakaria Wan Ismail.
Mewakili YADIM Terengganu ialah Encik Syamsul Firdaus Shamsuddin, selaku penyelaras program.

Kolej Vokasional Kemaman turut mengambil inisiatif meraikan hari ulang tahun kelahiran seorang kakitangan YADIM Terengganu dalam program ini, Encik Mohd Ikram Harun.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *