Home » Citra Yadim » Pertemuan wakil-wakil wanita NGO Islam bersama Timbalan Menteri (Hal Ehwal Agama)

Pertemuan wakil-wakil wanita NGO Islam bersama Timbalan Menteri (Hal Ehwal Agama)

PERANAN Dan pengaruh wanita dalam gerak kerja sesebuah badan bukan kerajaan (NGO) tidak boleh dinafikan.
Mahu mengambil peluang daripada kelebihan dan kekuatan ini, Pejabat Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dengan kerjasama Bahagian Penyelarasan NGO dan Rakan Strategik YADIM pada 21 Februari telah mengumpulkan wakil-wakil NGO wanita serta sayap wanita NGO Islam bagi tujuan tersebut.
Pertemuan selama hampir dua jam itu dihadiri oleh seramai 25 wakil daripada 17 NGO wanita dan sayap NGO Islam dari seluruh negara.
Antara yang hadir ialah Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM), Sekretariat ABIM Pusat, WADAH Pusat, Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia (HALUAN), SALWA Malaysia, Pergerakan Puteri Islam Malaysia, Persatuan Cina Muslim Malaysia, Persatuan Wanita Islam Malaysia (PEWANIS), Pertubuhan Mawaddah Malaysia, Pertubuhan Rahoma Darul Fakir Malaysia (RAHOMA) dan Wanita Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Kebangsaan.
Tidak ketinggalan Majlis Belia Malaysia (MBM), Pertubuhan Wanita Anggerik Malaysia, Persatuan Kebajikan Bayt Al-Rahmah, Pergerakan Belia India Muslim Malaysia (GEPIMA) serta Pertubuhan Tindakan Wanita Islam (PERTIWI).
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Yang Berhormat Senator Dr. Zulkifli Hasan yang mempengerusikan pertemuan ini telah mengambil inisiatif mendengar cadangan dan buah fikiran daripada wakil-wakil yang hadir untuk membincangkan gerak kerja dan cadangan memperkasakan hal ehwal wanita Islam.
Antara yang dibangkitkan dalam pertemuan ini ialah mengenai undang-undang, kebajikan, peranan wanita dalam pembuat keputusan, ekonomi, tauliah ceramah, sumber manusia serta akhlak.
Turut disentuh ialah penyebaran dakwah menerusi media dan isu silang budaya serta kekeluargaan.
Hadir sama dalam pertemuan ini ialah Pengerusi Majlis Wanita Islam YADIM (MAWIM) Prof. Ts. Dr Zuriati Zukarnain merangkap Ahli Lembaga Pemegang Amanah YADIM serta timbalannya, Dr Fatimah Syarha Mohd Noordin.
Dalam ucapannya, Prof. Ts. Dr Zuriati menyeru kesemua NGO yang hadir untuk bekerjasama dengan MAWIM bagi merancakkan dan memperkasakan hal ehwal wanita Islam serta memanfaatkan peranan YADIM dalam penyebaran dakwah di negara ini.
Pengarah Kanan Sektor Pembangunan Ummah dan Wanita YADIM, Encik Ahmad Saparudin Yusup dan Pengarah Bahagian Penyelarasan NGO dan Rakan Strategik, Ustaz Mohd Khairrul Fuad Samsudin turut hadir ke pertemuan ini.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *