Home » Citra Yadim » Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Pimpinan Guru Rakan Siswa YADIM (RSY)

Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Pimpinan Guru Rakan Siswa YADIM (RSY)

BAHAGIAN Kepimpinan Muda (KEMUDA) YADIM dengan kerjasama Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim (IPGMKSAH) telah mengadakan Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Pimpinan Guru Rakan Siswa YADIM (RSY) peringkat kampus berkenaan pada 18 Februari.
Selain Majlis Penyampaian Watikah kepada pimpinan RSY IPG Kampus Sultan Abdul Halim ini, ia juga diisi dengan sesi induksi kepada pimpinan guru RSY yang baharu.
Majlis Penyerahan Watikah ini telah disempurnakan oleh Penolong Pengarah Bahagian KEMUDA YADIM, Encik Nuuh Mohamad Idris merangkap Ketua Unit IPG/Politeknik KEMUDA. Penyerahan Watikah pimpinan Guru RSY telah diketuai oleh Pengerusinya iaitu Saudara Bilal Khosim.
Majlis ini turut dihadiri oleh Ketua Jabatan Pengajian Melayu, Haji Abdul Rahim Othman, Penasihat RSY IPGMKSAH, Dr. Ahmad Sahlan Abdul Halim, Penolong Pengarah YADIM Negeri Kedah, Ustaz Mohd Bilal Mohd Zain dan Penolong Pengarah Bahagian KEMUDA, Puan Anis Zurain Che Ab. Rahim.
Semoga dengan penyerahan Watikah Pelantikan dan Induksi Pimpinan Guru RSY IPGMKSAH ini dapat menyuntik semangat baharu kepada roh pendidikan dan pentarbiahan di IPG ke arah lebih mantap dan berkesan.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *