Home » Langit Terbuka » Palestin rujuk kes bunuh wartawan Al Jazeera ke ICC

Palestin rujuk kes bunuh wartawan Al Jazeera ke ICC

Kematian Shireen dianggap syahid kerana pertahan perjuangan Palestin - Foto Arkib

Ramallah – Presiden Palestin, Mahmoud Abbas akan segera merujuk kes pembunuhan wartawan veteran Al Jazeera, Shireen Abu Aqla ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).

Dalam ucapannya pada upacara memperingati Shireen semalam, Abbas menegaskan bahawa pengganas Israel bertanggungjawab sepenuhnya atas kematian itu.

Abbas menyifatkan kematian Shireen sebagai syahid kerana sanggup mengorbankan nyawanya untuk mempertahankan perjuangan Palestin.

“Kami menganggap pihak berkuasa pendudukan Israel bertanggungjawab sepenuhnya atas pembunuhan ini dan mereka tidak boleh menyembunyikan kebenaran terhadap jenayah ini,” katanya.

Beliau berkata, Pihak Berkuasa Palestin (PA) menolak tawaran Israel untuk menjalankan siasatan bersama dan akan segera merujuk kes berkenaan ke ICC.

Shireen ditembak mati ketika membuat liputan serbuan pengganas Israel di Tebing Barat yang diduduki, dan perkara itu turut disahkan oleh agensi Al Jazeera.

Bagaimanapun, pengganas Israel menafikan perkara itu dan menuduh kematian Shireen adalah angkara lelaki bersenjata Palestin.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Amerika Syarikat (AS) dan Kesatuan Eropah (EU) menggesa supaya siasatan bebas serta telus dibuat.

Shireen, 51, seorang warga Palestin-Amerika adalah antara wartawan yang berpengalaman dalam melaporkan konflik Israel-Palestin untuk agensi berita Al Jazeera selama dua dekad. –  Agensi

 

 

Artikel Berkaitan

Diyat sebagai instrumen keadilan syariah

Diyat merupakan satu bentuk pampasan kewangan dalam sistem perundangan Islam yang diberikan kepada waris mangsa sebagai ganti rugi atas kehilangan nyawa atau

Ujian di bulan Ramadan

Ramadan ialah bulan ujian dan latihan perang melawan nafsu. Ujiannya memang berat dan payah sekali. Daripada keseluruhan umat Islam yang menyertainya, barangkali

3 Tingkatan Puasa

Imam Ghazali RA dalam kitab Ihya Ulumuddin telah mengkategorikan puasa kepada 3 peringkat iaitu: 1. As-Saumul umum – puasa umum. 2. As-Saumul

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *