Home » Citra Yadim » Pameran dan kaunter infak YADIM di Kolokium Penyelidikan anjuran INTAN

Pameran dan kaunter infak YADIM di Kolokium Penyelidikan anjuran INTAN

YADIM Telah dijemput menyertai pameran dan membuka kaunter infak bersempena Kolokium Penyelidikan di bawah program Bitara Tahunan anjuran Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN).
Program dengan kerjasama Bahagian Pembangunan Modal Insan Jabatan Perkhidmatan Awam itu berlangsung pada 13 dan 14 September.
Menerusi pembukaan kaunter, Bahagian Pelaburan dan Penajaan YADIM membuka peluang pengunjung kolokium menyumbang dan menyertai aktiviti seperti kuiz yang disediakan di sana.
Kakitangan YADIM juga mengambil peluang menerangkan program serta usaha usaha melestari gerakan dakwah badan ini.
Sambutan yang diterima daripada pengunjung sangat memberansangkan. Terima kasih INTAN atas jemputan yang diberikan kepada YADIM ini.

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *