Home » Langit Terbuka » PAS masih optimis RUU355 dapat dibentang

PAS masih optimis RUU355 dapat dibentang

KUALA LUMPUR, 31 Okt.  – PAS masih optimis dan menaruh harapan bahawa Rang Undang-Undang Akta 355 (RUU355) yang dikemukakan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan dapat dibentangkan pada persidangan Dewan Rakyat kali ini.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan menegaskan, usul berkenaan perlu dibentangkan kerana ia sudah tersenarai dalam kertas perintah dalam aturan urusan mesyuarat Dewan Rakyat.

“Saya masih optimis, masih menaruh harapan, itu perkara biasa, kita tunggulah. Terpulang kepada mereka (kerajaan) tetapi kami masih berharap agar usul itu dibentangkan pada sidang kali ini,” katanya ketika ditemui pemberita di lobi parlimen, di sini hari ini.

Beliau bagaimanapun berkata, PAS masih mampu bertoleransi jika usul mengenai RUU Akta 355 yang dibawa Abdul Hadi itu ditunda ke sidang Dewan Rakyat akan datang.

Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman berpendapat bahawa usul berkenaan mungkin tidak dapat dibentangkan pada sesi kali ini,

“Menurut kalendar, selepas perbahasan bajet berakhir, akan ada dua atau tiga usul menunggu untuk diluluskan.

“Kami hanya mempunyai dua hari untuk menyelesaikan semua urusan, saya tidak tahu sama ada akan ada masa (untuk RUU Hadi),” kata Azalina dipetik Sin Chew Daily. – https://www.ismaweb.net/

Artikel Berkaitan

Maqasid haji membina kesatuan ummah

Ibadah haji merupakan salah satu daripada rukun Islam yang menjadi tunjang dalam kehidupan seorang Muslim. Ia adalah manifestasi ketaatan kepada Allah SWT

Ukuran haji mabrur

Ibadat haji merupakan kewajipan bagi umat Islam yang mampu dan menjadi rukun Islam kelima. Tentunya setiap kewajipan yang ditetapkan oleh Allah SWT

Syahristani tajam dalam ilmu perbadingan

  Syahristani adalah seorang ulama terkenal abad ke-21 khususnya di bidang teologi, sejarah dan agama. Ia juga dikenali sebagai ahli perbandingan agama.

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *