Home » Langit Terbuka » PBB gesa umat Islam Rohingya diberi kewarganegaraan

PBB gesa umat Islam Rohingya diberi kewarganegaraan

NAYPYIDAW, 31 Ogos – Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menegaskan bahawa penduduk Islam Rohingya di Myanmar yang tidak mempunyai kerakyatan Myanmar perlu diberi hak kewarganegaraan.

Setiausaha Agungnya, Ban Ki-moon berkata, ketika ini ribuan umat Islam Rohingya hidup menjadi pelarian.

Katanya, bertahun-tahun mereka di kem-kem di Rakhine kerana melarikan diri daripada keganasan puak majoriti Buddha.

“Ini bukan sekadar soal hak masyarakat Rohingya untuk mempunyai identiti diri. Mereka yang sejak beberapa generasi lalu menetap di negara ini juga perlu menikmati status undang-undang dan kewarganegaraan yang sama seperti orang lain,” katanya.

Selain itu, Ban  juga menggesa kepimpinan baharu Myanmar untuk memberi sepenuh penghormatan terhadap hak asasi manusia.

Beliau berkata, kepimpinan baharu perlu mengatasi diskriminasi, memastikan kesaksamaan dan menggalakkan pembangunan inklusif untuk semua, dengan menghormati sepenuhnya hak asasi manusia.

Minggu lalu, kerajaan Myanmar yang ditekan masyarakat antarabangsa, mengumumkan akan menubuhkan sebuah panel penasihat yang dipengerusikan bekas Setiausaha Agung PBB, Kofi Annan, untuk mencari penyelesaian kepada isu-isu yang kompleks dan rumit di Rakhine.

Sebagai reaksi, Ban berkata beliau akan menyokong tugas pendahulu beliau itu di Rakhine dan bekerjasama dengan pihak berkuasa pusat Myanmar untuk menangani isu Rohingya. – Agensi

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *