Home » Langit Terbuka » Pelajar pondok moden Al-A’Baqirah-MAIWP cemerlang STAM

Pelajar pondok moden Al-A’Baqirah-MAIWP cemerlang STAM

KUALA LUMPUR 18 Jan. – Dua pelajar kelompok pertama Pondok Moden Al-A’baqirah (PMA) – MAIWP telah lulus dengan cemerlang (Mumtaz) dalam Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) tahun 2017.

Majlis Pengumuman dan Penyerahan Keputusan STAM PMA-MAIWP telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi) MAIWP, Mohd Ajib Bin Ismail.

Ini merupakan sejarah yang baru ditempa oleh PMA-MAIWP. Malahan PMA-MAIWP adalah Pusat Peperiksaan STAM pertama di Wilayah Persekutuan.

Dua orang pelajar telah mendapat Pangkat MUMTAZ ialah Muhammad Rushdan bin Amir & Ikhwan Haziq bin Mohamad Hakim. Manakala 8 orang lagi mendapat pangkat Jayyid Jiddan. Keseluruhan pelajar yang mengambil STAM adalah 21 orang.

Majlis tersebut turut dihadiri oleh Pengurus Bahagian Pembangunan dan Pelaburan MAIWP, Ir Abd Karim Mohamad, Timbalan Pengurus Bahagian Pembangunan dan Pelaburan MAIWP, Mohd Rodzi Osman dan wakil dari Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan (JPWP). – KISAHZAKAT MALAYSIA

Artikel Berkaitan

Majlis Hari Raya Aidilfitri Muhibah Madani

GOLONGAN bukan Muslim didekati YADIM menerusi pelbagai program dan pendekatan dakwah. YADIM Negeri Selangor umpamanya dengan kerjasama tiga rakan strategik iaitu MACMA,

SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI

  SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI merupakan sebuah program yang dilaksanakan dengan kerjasama rakan strategik YADIM Negeri Sembilan dan Melaka iaitu Institut Pendidikan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *