Home » Citra Yadim » Pelancaran Bulan Dakwah YADIM Negeri Terengganu dan SAY Felda Jerangau

Pelancaran Bulan Dakwah YADIM Negeri Terengganu dan SAY Felda Jerangau

DUNGUN – Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah  dan Penerangan Terengganu, Yang Berhormat Ustaz Mohd Nor Hamzah pada 23 Oktober telah menyempurnakan Majlis Perasmian Penutup Program Komuniti Sejahtera Darul Iman Di Hatiku (K.O.S.D.I) @ Dungun yang bermula 22 Oktober lalu.

Beliau sekaligus melancarkan penubuhan pasukan Sukarelawan YADIM (SAY) bagi komuniti Felda Jerangau. Setakat ini, ia telah be jaya menarik penyertaan seramai 30 orang ahli.

Dalam ucapannya beliau menyatakan bahawa kerajaan negeri Terengganu sentiasa komited  dalam memperkukuhkan  hubungan dan interaksi dengan badan-badan bukan kerajaan seperti Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPIEM) dan lain-lain agensi.

Menurutnya, usaha dakwah kebajikan, dakwah pendidikan dan  dakwah sosial perlulah didokong oleh semua pihak selain dilakukan secara berterusan.

Dalam pada itu, berlangsung selama dua hari di sini, K.O.S.D.I@ Dungun diisi dengan 16 program dakwah untuk pelbagai lapisan masyarakat yang bertujuan mempertingkatkan kualiti hidup komuniti secara Islami dengan matlamat menjadikan dakwah sebagai suatu kebiasaan dalam kehidupan.

Selaku penganjur utama, YADIM Terengganu dan Akademi Didik ulamak Amilin Negeri Terengganu (DUAT) memainkan peranan penting dalam menyampaikan dakwah terutamanya bagi menyantuni generasi muda dengan kaedah dakwah yang lebih santai dan berkesan.

Program ini juga dijayakan dengan kerjasama Pejabat Parlimen Dungun dan  Pejabat Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera, Pejabat Felda Wilayah Terengganu, Pejabat Perpaduan Daerah Dungun, Ahli Jawatankuasa Masjid Muhajirin, Felda Jerangau, rakan badan bukan kerajaan Majlis Belia Felda serta Kami Anak Felda.

Hadir dalam Majlis Perasmian Penutupan ini ialah Pengarah YADIM Terengganu, Ustaz Nasrul Hadi Saiadin, Pegawai Khas kepada Penyelaras DUN Bukit Besi, Ustaz Waliyuddin Johari, Ketua Peneroka Felda Jerangau, Abdul Razek Noor Din dan wakil syarikat Trealeaf yang menyampaikan 50 set sumbangan kepada asnaf yang memerlukan.

Majlis penyampaian hadiah turut dilaksanakan bagi semua aktiviti yang dianjurkan.

Usrah santai oleh Pengarah YADIM bersama para sukarelawan turut dilaksanakan sebelum majlis penutup bermula. Pada waktu yang sama , aktiviti sanitasi turut di diadakan di  balai raya dan Tabika Pasti Nur Hidayah Felda Jerangau.

Tahniah kepada semua warga Felda Jerangau diatas kejayaan penganjuran K.O.S.D.I@Dungun.

Syabas kepada para Sukarelawan YADIM yang cemerlang berkhidmat.

Lestarikan Dakwah Di Bumi Terengganu !

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *